Friday, September 26, 2008

Kisah hari itu

Alkisahnya hari tu Huzein balik dari kerja tersengih-sengih. Katanya ada 2 berita, 1 baik dan 1 buruk. Nak dengar yang mana? So aku prefer nak dengar nak buruk dulu. Dia kata dia kena kerja lebih lagila lepas ni, balik lambat sebab berita baiknya dia dah tukar post. Hmm....tukar post tak best, naik gaji barula best. Adalah tu kot....hehehe... boleh saya tumpang sekaki.

Nampak gayanya cita-cita dia nak tukar kerja terbantut sekejap. Kerja lebih masa? Adoi.... Apapun sebagai isteri mithali (mithali ke bang?) lagi sejati aku mendoakan dia selalu sukses dengan apa yang dia buat. Aku memang kagum dengan Huzein. Nampak saja berserabut tapi kerja tip top.


Comelnye... Siapa? Dua-duala....hehehehee....

Alkisahnya Haziq Fahmi sekarang ni tengah training skit-skit tak pakai pampers. Belila spender Spiderman dan Batman bagi dia teruja skit. Malam tu dia buat perangai tak nak pakai pampers pulak. Malam kena pakaila kalau tak habis le tilam. Abah dia pujuk dari jam 10.00malam sampaila 11.30malam tak jalan jugak. Hangin le apa lagi. Aku pun menyirap jugak. Apa lagi, jadila ibu tiri sekejap...kuang..kuang..kuang. Paksa jugak dia pakai pampers walaupun menangis. Marah suruh dia tido, tutup muka dengan patung Pooh. Buat tak layan. Lama skit dia cakap "Ibu, Haziq minta maaf" Pergh...sedihnye sayer. Rasa bersalah pulak marah-marah dia. Actually Haziq ni sangat sensitif, walaupun umur dia baru nak masuk 3 tahun tapi dia sangat-sangatla sensitif (Libra, aku pun Libra. Macam akula kot..hehehehe)

Aku selalu cakap dengan Huzein, "Haziq ni bila Aishah tua nanti dia mesti jadi pendengar Aishah yang setia sebab dia sensitif" Harap-harapla. Apa perasaan anda kalu anak sendiri cakap, "Ibu, kenapa Ibu?" ataupun "Ibu janganla sedih"?


HAZIQ FAHMI & HADIF SYAHMI (asyik nak menggigit je kejenye...)

1 comment:

Gilekopi said...

alala la comei..selamat hari raya..
semoga lebaran ini banyak memberi kebahagian