Monday, October 6, 2008

Aku & Babywearing

Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal baby wearing kat sini. Tapi tak berkesempatan. Aku start baby wearing ni masa Hadif umur 5 bulan. Diperkenalkan dengan pouch masa pegi sambutan penyusuan susu ibu peringkat Penang di Bayview Hotel Penang. Masa tu baru minat skit-skit saja.

Lepas tu aku surf internet cari maklumat skit dan join Malaysian Baby Wearers Forum (tapi tak aktif sangatla). Pouch pertama aku adalah dari littlepods. Huzein yang belanja beli..he..he...he...


Masa ni tak berapa pandai pakai lagi. Nampak buruk je. (Bukan aku yang buruk ye.....)


Lepas beberapa kali training, inilah hasilnye...


Nampak confident semacam je....




Hadif Syahmi pun happy kalau duduk dalam pouch. Senang nak bawa pegi jalan-jalan.

Biasanya perkara baru macam ni mesti dengar komen-komen dari orang sekeliling...

MAK aku kata: Elokla tu macam orang Indon.
ADIK aku kata: Apa ni macam orang Pattani?
ORANG LAIN kata: Tengok dia bubuh anak dia dalam tu?

Katala apa nak kata. Janji aku senang, Hadif pun happy. Sekarang ni aku teringin nak beli lagi. Nak beli pouch yang bercorak dan Beco. Hmm...ada sapa-sapa nak belanja pulak?

No comments: