Tuesday, October 28, 2008

Haziq Fahmi (Kefahaman Yang Lancar)

Haziq Fahmi sekarang dah 3 tahun lebih. Rasanya sepanjang membesarkan Haziq, senang rasanya, kurang masalah (kalau tak ada masalah lansung mesti something wrongkan?). Teringat dulu-dulu masa dia baby, dia tido dalam buaian. Dalam hati risau dia susah nak tido kalau tanpa buaian. Tapi alhamdulillah, bila umur menginjak hampir setahun dia dah tak tido buaian.
Bila umur dah nak masuk 3 tahun, perkara yang aku risaukan macamana nak ajar dia tak pakai pampers @ buang air di toilet? Hmm..sekejap saja kerisauan aku hilang. Haziq Fahmi memang mudah diajar (seperti makna namanya KEFAHAMAN YANG LANCAR). Beli saja 'suar kecik' Spiderman, Batman & Superman..semuanya menjadi mudah... hehehehehe... Sekarang ni dia cuma pakai pampers masa tido malam.
Perkara-perkara kecil yang aku ajar dia, contohnya simpan kasut di tempat kasut bila masuk rumah, kemas barang-barang sekolah, baca doa sebelum makan mudah saja diikutinya. Alhamdulillah....
Bila umur dia menginjak 3 tahun, gunting rambut pun jadi mudah. Ni gambar yang aku ambil masa dia gunting rambut baru-baru ini. Nampak macam relaks je kan? Sebelum ni 3 orang kena proses kepala dia, sorang gunting rambut dan 2 orang lagi pegang kepala dia.

Ada kelas... gunting rambut pun dekat salun. Amoi yang guntingkan...

2 comments:

asmawaty19 said...

Syiok la bila tgk anak membesar. Tak jemu langsung kan?

mhafiz said...

amoi, jgn potong itu budak punya telinga haa.. potong kaci cantik maa...