Tuesday, October 7, 2008

Susu ibu yang terbaik!

Isu skandal susu di China benar-benar mengejutkan semua pihak. Bahan melamin yang dicampurkan di dalam susu (untuk menambahkan kandungan protein) bukan sahaja menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak di China jatuh sakit dan ada yang mati.

Sekarang ni bukan sahaja susu baby sahaja yang tercemar, malahan beberapa produk yang menggunakan tenusu jugak dipercayai tercemar. Dari SMS yang aku terima, antara produk makanan yang tercemar adalah M&M's, Snikers, Oreo Wafer Sticks, Wall's Mini Poppers Ice Cream, Moo Sandwich Ice Cream dll. Hmm..menakutkan.

Yang paling menakutkan susu anak aku. Nak kena check lebih detail lagi ni. Haziq Fahmi masih lagi minum susu, hari-hari minum susu. Nak kena check, nak kena check. Hadif Syahmi minum susu aku, tapi campur gak skit dengan susu formula sebab tak cukup stok. Nak kena make sure selamat jugak ni.

Bila difikirkan balik, baby perlu mendapat yang terbaik dan yang terbaik adalah susu ibu. Patutla dalam Islam ada ibu susuan, sekiranya ibu tidak dapat menyusu, baby boleh menyusu dari ibu susuannya. Tak perlu dapatkan susu formula yang mahal-mahal. Sudahla mahal, tercemar dan bertoksik pulak tu. Insyallah, bila ada baby nombor 3 nanti aku akan menyusu sepenuhnya. Buat stok banyak-banyak. Itu janjiku....

Nota: Buah & sayur dari China pun dikatakan tercemar. Lepas ni kita makan buah-buahan tempatan pulak ye.....

1 comment:

Hasnah said...

Salam Aishah,
ya.. susu ibu yg terbaik. Jazakallah Aishah byk motivate and bagi tips pada saya masa di office on expressing breast milk. Really appreciate it!! Kalau sorang2 kurang bersemangat.

Keep up the good work!!