Monday, November 10, 2008

Beratnye sayer...

Sejak September 2008 yang lalu aku mula join kelas Obesiti yang dianjurkan oleh IPPT. Walaupun belum masuk kategori obes..hehehehe...tapi aku daftarkan diri juga sebab aku dalam usaha nak kuruskan badan. Kalau dah masuk kelas ni kira semangat skit nak kuruskan badan dan memandangkan ada pemantauan, maybe usaha aku nak kuruskan badan akan lebih berhasil.
Berat badan semasa mengandung (ditimbang sebelum masuk bilik bersalin) adalah 78kg dan seminggu selepas bersalin, berat badan aku 64kg. Berat betul...tak sanggup nak naik mesin penimbang. Jadi semasa dalam pantang, aku pun usaha lebih skitla nak kuruskan badan. Jadi selepas 2 bulan cuti bersalin, berat badan aku turun sehingga 58kg. Lepas raya hari tu aku timbang lagi turun lagi 4kg menjadi 54kg. Ini adalah berat badan aku yang terkini iaitu pada 6 November 2008.

Pada 6 November 2008 tu diadakan Kelas Penyediaan menu sihat. Menu sihat yang diajar masak pada hari tu adalah Tom Yam. Nyum..nyum..memang sedap.

Chef in action

Tom Yam in action

Inilah hasilnya, Tom Yam

No comments: