Monday, November 24, 2008

Bye-Bye Dusty Rose, Helo Navy Blue

Setelah berfikir semasak-masaknya aku mengambil keputusan untuk menjual pouch Littlepods aku. Aku suka dengan warnya dia, walaupun nampak masam skit...hehehe... Dusty Rose. Dusty Rose ni terpaksa aku jual sebab saiz dia aku beli terbesar. Aku sepatutnya pakai saiz S tapi Dusty Rose ni saiz M. Sedihla jugak sebab nila pouch pertama aku. Aku jual pada Annis (form KL) Harap-harap dia hepi dengan pouch yang dibelinya.

Gambar kenangan bersama Littlepods - Dusty Rose

Dan sebagai gantinya aku beli pouch Littlepods jugak. Atas nasihat my DH aku beli warna Navy Blue. Baru je sampai ni, belum pun test lagi. Tak sabar nak balik rumah....