Wednesday, November 5, 2008

Hadif Syahmi dah boleh duduk

Satu perkara yang menggembirakan aku sehari dua ni, Hadif Syahmi dah boleh duduk tanpa orang lain pangku. Buat masa sekarang, dia masih lagi menyulur. Tak ada tanda-tanda nak merangkak walaupun adala juga angkat bontot. Dalam menyulur tupun sibuk nak memanjat. Sofa kat rumah tu dia dah boleh panjat dah. Maybe dia sama macam Haziq Fahmi, tak merangkak tapi terus berdiri dan berjalan. Anak-anak aku ni melangkau step, semua nak cepat...

Hadif Syahmi & kereta mainan barunya

So far sekarang ni Hadif dah pandai sebut Abah. Dulu adala juga dia sebut 'Abu' maybe untuk Ibu. Tapi sekarang dah tak dengar dah...waa... Yang ada 'amma'. Adoi.... Dan sekarang berjangkit dekat Haziq pulak, kalu dia terkejut bangun malam-malam Haziq akan sebut 'amma'. Apa dah jadi dengan anak-anak aku ni?

1 comment:

Anonymous said...

Amma sempena hari deepavali kot...hehehe