Tuesday, November 25, 2008

Kesian dia, demam

Hari ni aku masuk kerja lambat skit. Pergi klinik ambil ubat, Hadif Syahmi demam. Kesian dia. Dalam demam-demam still nak lasak lagi, tapi bila dia berasa letih, dia letakkan kepala atas lantai, bila ok dia melasak balik. Ishk..ishk..ishk...
So, pagi-pagi aku dah ke Klinik Iman ambil ubat. Nak tunggu Klinik kanak-kanak Kamachi buka lambatla. Selalunya anak-anak aku ni suka ubat di Klinik Kamachi. Sedap kot..maklumkan ubat tu memang khas untuk kanak-kanak. Harap-harap Hadif tak rejek ubat di Klinik Iman. Makan ubat, biar cepat sihat ye.....

Hadif Syahmi yang comot baru lepas makan bubur nasi

No comments: