Wednesday, December 3, 2008

Akhirnya...

Akhirnya selepas seminggu demam, Hadif Syahmi sihat kembali. Lega hati aku. Kalau tak terpaksala bawa ke hospital. Dan kalau bawa ke hospital pastinya kena tahan di wad. Hm...cuti pun dah tak seberapa. Tapi cuti tu bukan masalah sangat, masalah nak duduk di hospital tu. Leceh. Baik jaga Hadif di rumah.

Sekarang Hadif dah aktif berdiri. Ni tempat favourite dia selain tepi slidding door. Kejap-kejap pergi depan TV.


Akhirnya terbuka juga hati Huzein nak try pakai Aidafiqs Buckle-Tai ni. Pelik pun ada aku rasa....hehehehe. Selalunya dia tolak bila aku suruh dia bawa. Tapi hari tu, dia balik je dari kerja dia kata, "Meh nak pakai" Pergh..macam tak caya je. Aku mintala nak ambil gambar. Tapi dia larang dan suruh aku pergi mandi. Jadi aku pun curi-curi ambil gambar masa dia tengah sembang dengan jiran sebelah rumah.


Mungkin ini satu permulaan saja. Lepas ni kalau dia nak kendong Hadif (kalau dia nak le.....) dapatla aku berlenggang kangkong.

Akhirnya Disember pun datang. Kira-kira lebih kurang sebulan saja lagi dah nak masuk tahun baru. Banyak aku rancang nak buat sebelum bermula tahun 2009 dan pada tahun 2009. Insyaallah akanku laksanakan......

2 comments:

MommyAdam said...

wah aishah...hubby u try buckle tai ya...congrats!!

Aishah Megahasz said...

Hm..harap-harap lepas ni dia boleh babywearing Hadif time jalan-jalan. Harap-harapla... ;P