Friday, December 5, 2008

Aku & Susu Ibu

Ada orang kata, "Susu ibu bagus! Anak yang minum susu ibu IQ dia lebih baik. Dia lebih mudah dibentuk...bla..bla..bla.."

Ada orang kata, "Anak saya minum susu ibu tak lama. Masuk kerja dah minum susu formula. Tapi bila dah besar pandai jugak. Masuk Universiti jugak. Tak ada yang kurang. Yang penting kita kena pandai didik bla..bla..bla..."

Wah....pening kepala dengar. Tapi malasla nak fikir banyak. Bagi aku susu ibu adalah yang terbaik. Aku beri anak aku minum susu ibu bukan sebab nak dia pandai, IQ tip top, jadi baik dll. Tapi aku beri dia minum susu ibu sebab aku suka dia rapat dengan aku, aku suka dia dekat dengan aku dan aku suka saat-saat menyusukan. Aku beri anak aku susu ibu sebab aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku menyusukannya.

Akhir kata dari aku:-

SEORANG WANITA SEMPURNA BILA MELAHIRKAN ANAK
SEORANG IBU SEMPURNA BILA MENYUSUKAN ANAKNYA

Sekian, terima kasih.

No comments: