Wednesday, December 17, 2008

Angelpack Paprika

Hari Jumaat lepas aku dapat SMS daripada Shida kata Angelpack dia dah sampai. Wah..jeles ni. Dia dah siap try, ambil gambar dan pos ke forum M'sia Babywearers lagi. Aku punya bila nak dapat? Hari Sabtu dapat SMS dari Hanim kata aku punya sampai kat rumah dia. So, kira yang Hanim punya akan dapat dekat aku. Nanti terpaksala kami pos untuk tukar. Lagila lambat aku nak merasa Angelpack aku ni. Tadi pagi aku dah contact Pejabat Pos dan yang membuatkan hati aku lega Angelpack Hanim ada di sana. Esok aku cuti, so aku akan pi ambik sendiri. Lagi cepat dari tunggu abang posmen hantarkan.


Inila corak Angelpack aku. Tak sabarnya nak try....

Dan, aku nak kongsi gambar aku yang diambil oleh Shida masa sambutan Minggu Penyusuan Ibu di Hotel Bayview Penang. Gambar 1st time aku try Peekaroobaby pouch. Masa ni aku tak tahu apa itu babywearing. Tapi 1st time try aku rasa sangat selesa sangat kendong Hadif. Dan Hadif pun selesa tido dalam pouch tu.


Thanks Shida sebab kasi gambar ni. Inila yang membawa aku ke dunia babywearing..chewah..chewah... dan menyebabkan aku beli dan beli dan beli lagi baby carrier....hehehehehe....

No comments: