Tuesday, December 30, 2008

Anniversary? Tak adala....

Selepas lama bercuti, hari ni aku start kerja balik. Penat! Memang penat.

18/12/08 (Khamis)
Aku cuti. Hantar Hadif pergi rumah mak. Plan nak kemas rumah dan pack barang-barang ke Batu Feringgi. Tapi, Haziq demam. Ajak Huzien ke Klinik Kanak-Kanak Kamachi. Sebelum ni dia ada mengadu sakit. Tapi aku check seluruh badan dia macam ok je. Tapi masa dekat klinik doktor tu nampak bengkak dekat paha dia. Doktor kata kelenjar dia bengkak. Bagi ubat dan kalau esok tak ok jugak dia kena masuk wad. Alahai...kesian anak ibu.

19/12/08 (Jumaat)
Hari ni cuti lagi sebab awalnya plan nak pergi Batu Feringgi. Huzein bawa Haziq lagi sekali ke Klinik Kamachi. Dalam hati rasa mesti tak dapat pergi Batu Feringgi. Bila Huzein call dari klinik, comfirm Haziq kena masuk wad sebab dia still demam dan bengkak tak surut pun. Kesian tengok Haziq jalan terhencot-hencot. Aku pack barang-barang untuk ke hospital. Huzein decide pergi ke Bagan Specialist Center (BSC). Lepas hantar Hadif ke rumah mak (Wa...sian Hadif kena tinggal) kami terus ke BSC. Dr. Dinesh tak ada, so Dr. Teh yang gantikan dia. Lepas check terus masuk wad. Aku kata dekat Haziq, "Inila hotel Haziq". Tapi budak bijak ni kata, "Bukan hotel la... hospital". Hehehehe...nasib le. Tak ada la anniversary celebration. Aku call hotel untuk cancel booking. Bila staf situ kata, "Late cancellation ye puan...". Terus aku kata, "anak saya sakit kena masuk hospital". "Er..ok..ok.."

20/12/08 (Sabtu)
Bangun pagi-pagi aku mengepam susu. Minta nurse simpankan dalam peti sejuk. Pagi tu Hadif datang hospital dengan mak. Oun (adik aku) yang bawa. Dia tengok je muka aku. Mesti rindu tak tido dengan aku semalam. Seumur, umur Hadif aku tak pernah tinggalkan dia lagi. Tak pernah aku tido tanpa dia. Aku pilih kursus yang aku boleh pergi pun sekitar Penang je dan tak memerlukan aku bermalam. Sebabnya aku tak mahu jauh dari Hadif. Time nak balik Hadif macam tak nak je dekat mak. Huhuhu....malam tu aku nangis. Teringat Hadif. Teringat Haziq yang sakit. Sedih sebab rasa tak berdaya....

21/12/08 (Ahad)
Kaki Haziq sakit lagi tapi buasnya dia aduhai bukan main lagi. Asyik berlakon jadi Ultraman sampai jatuh dari katil. Nak marah pun ada, tapi kesian punya pasal aku pujuk jugakla....
Hari ni tak tengok Hadif lagi. Petang aku ajak Huzein pergi klinik ambil ubat. Aku tido dalam air-cond tak tahan sampai demam, selsema & batuk. Dengan Haziq sekali kami angkut keluar. Balik ke rumah sekejap untuk susukan Hadif. Lepas tu ke Klinik Penawar ambil ubat dan MC untuk esok. Cuti dah tak banyak, terpaksala MC. Lagipun aku betul-betul sakit ni...

22/12/08 (Isnin)
Boring duduk di hospital sudah sampai tahap maksimum. Ya Allah, sembuhkanlah anak aku. Aku mahu pulang....

23/12/98 (Selasa)
Harini aku terpaksa pergi kerja. Bangun awal pagi, pam susu lepas tu mandi dan siap-siap untuk pergi kerja. Haziq, biarlah abahnya yang mandikan. Dr. Dinesh dah start kerja balik hari ni. Awal pulak dia datang check Haziq. Dia minta buat ultrasound. So aku masuk kerja lewat. Ikut Huzein bawa Haziq buat ultrasound. Lepas tu terus Huzein hantar aku pergi kerja. Badan kat tempat kerja tapi hati teringat dekat anak-anak. Susu badan makin kering. Perah boleh dapat 2oz je. Adoi....
Tengahari Huzein call kata Haziq dah boleh keluar dari hospital. Doktor minta dia makan ubat dan Jumaat ni kena datang jumpa doktor balik.

24/12/08 (Rabu)
Hari ni aku kerja. Banyak kerja nak buat...... Stress sebab susu badan makin kurang. Stress sangat....

25/12/08 (Khamis)
Cuti Krismas. Kami sekeluarga tak pergi mana-mana. Duduk rumah. Kemas rumah. Lagipun keadaan Haziq tak mengizinkan kami berjalan-jalan. Paha dia still bengkak tapi dah tak sakit. Jalan pun dah ok tak adala terhencot-hencot.

26/12/08 (Jumaat)
Pergi ke Bagan Specialist Center sekali lagi. Jumpa Dr. Dinesh dan dia suruh pergi jumpa pakar bedah untuk minta pendapat. So, kami jumpa Dr. KK. Kata dia keadaan Haziq dah bertambah ok. Dia minta Haziq makan antibiotik lagi dan tunggu sehingga Rabu minggu depan (07/01/09). Kalau bengkak tu tak surut maybe kena potong skit. Harap-harap tak kena potongla. Haziq dah nak start sekolah. Ketinggalan pulak dia nanti.

27/12/08 (Sabtu)
Mak dan Abah datang dari Ipoh. Saja je jejalan. Aku dan Huzein tak bagitau pun kata Haziq masuk hospital sebelum ni. Tapi bila diorangg datang sini, terbocorla rahsia.

28/12/08 (Ahad)
Mak dan Abah balik semula ke Ipoh. Terpaksa balik hari ni jugak sebab Yati akan balik dari KL. Rasa sekejap je diaorang datang rumah. Dahla tak bawa jalan ke mana-mana. Malam kami ke kedai Anakku. Aku ajak Huzein pergi melawat baby Oun & Azida esok. Dah dekat 2 minggu lahir tapi tak sempat lagi nak pergi melawat dia.

29/12/08 (Isnin)
Kami sekeluarga pergi ke Parit Buntar melawat baby Zufal Afkar (betoi ka aku tulih nama dia). Bawa mak sekali. Mak aih...punyanya comel pipi si Zufal ni. Labuh...heheheh.... Teringin je nak baby lagi. Tapi, hm...tunggula dulu.
Petang tu singgah ke Jusco Prai. Teringin nak makan Big Apple punya donut sebenarnya. Sebelum keluar rumah ingat nak pakai Angelpack untuk kendong Hadif, tapi tak jadi sebab aku tak try pun betul-betul. Last-last aku bawa Buckle-Tai. Kat Jusco, aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri sebab tengah dalam latihan untuk pelan penjimatan 2009...hehehehehe. Cuma beli botol air baru untuk Haziq & Hadif. Huzein beli seluar, 2 pasang pulak tu. Jeles sayer.

30/12/08 (Selasa)
Kerja...kerja...kerja.....

No comments: