Wednesday, December 31, 2008

Haziq di Bagan Specialist Center

Gambar-gambar semasa di Bagan Specialist Center. Umpama CUTI-CUTI MALAYSIA bagi Haziq Fahmi....


Tangan Haziq berbalut. Doktor ambil darah dan letakkan alat untuk masukkan air dan antibiotik. Kebal anak aku ni. Tak menangis pun. Malah hepi je sebab doktor kata nak buat tangan dia macam Ben 10.


Haziq & ibu yang sememeh. Tapi Haziq hepi je duduk kat hospital. Budak-budak, tak ada mende yang nak dirisaukan.


Haziq bersantai-santai sambil makan biskut bersama-sama patung Pooh dan Ultraman dia. Ultraman tu aku beli dekat kedai di Bagan Specialist Center tu. Haziq pagi-pagi dah ajak aku ke situ sebab dia tahu kat situ ada jual banyak mainan.


Ultraman yang aku beli untuk Haziq. Sepatutnya ada 6 bijik. Tapi sebijik dah Haziq rosakkan, patah pinggang dia. Sekejap je beli dah rosak.

No comments: