Wednesday, December 17, 2008

Hepi Anniversary...

....bukan hari nila. Esok! Esok dan lusa aku bercuti.

Esok nak pegi Pejabat Pos ambil Angelpack aku. Esok nak potong/cantas pokok2 yang dah semakin semak kat depan rumah aku. Esok nak kemas rumah. Esok nak cuci bilik air. Esok kena pack barang-barang nak pergi Penang (ceh..macamla jauh sangat). Esok ...hm..apa lagi nak buat esok?

Actually lusa baru boleh betul-betul celebrate Anniversary. Aku dah book Hotel Bayview Penang di Batu Feringgi. Malas nak pergi holiday jauh-jauh. Simpan duit. Tahun depan boleh pergi. Lusa kami akan pergi sana. Lusa nak pergi pantai. Lusa nak jalan-jalan kat pasar malam Batu Feringgi. Lusa nak bawa anak-anak tengok taman herba/taman rama-rama. Lusa nak.... tak plan lagila betul-betul apa nak buat? Harap-harap semua akan hepi terutamanya Encik Huzein Fahmi. Kalau dia tak hepi, aku tak hepi. Kalau aku tak hepi, mesti anak-anak tak hepi (ye ke?) Kalau semua orang tak hepi tak adala Hepi Anniversary....hahahaa..apa yang aku merapu ni.

DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI. AMIN....

Gambar masa honeymoon di Langkawi

No comments: