Thursday, December 4, 2008

Pelan Penjimatan 2009

2009 hampir tiba. Banyak perkara yang aku fikir nak buat 2009. Salah satunya nak jimat, jimat, jimat. Jimat ye.... bukan saja-saja nak tunjuk kedekut. Mula-mula perkara yang perlu diberi perhatian adalah aktiviti beli-membeli. Jadi:-

1) Sehingga bulan Jun 2009 ni, no more baju baru, kasut baru & beg baru. Asyik membeli je, kadang-kadang tu belum sempat pun puas pakai aku beli lagi.... Sebagai langkah penjimatan, aku berjanji dengan diri sendiri tak akan beli baju, kasut dan beg baru sehingga Jun 2009. Lepas Jun 2009 barula boleh fikir balik tentang tu semua. Yalah....nanti nak raya tak berbaju baru pulak aku...hehehehe... Penjimatan ini adalah termasuk membeli kain pasang dan upah membuat baju kuruang ye.

2) Sehingga Jun 2009, aku bercadang juga tak beli baju baru untuk anak-anak aku. Jangan ingat aku ibu yang kejam plak...:D. Dah banyak sangat aku beli sampai ada baju yang sampai sekarang lansung tak pernah pakai. Dan ada juga yang baru dipakai hanya sekali dua. Asal cantik beli. Asal lawa beli. Nasib baik anak-anak kau ni boy, kalau girl mesti lagi banyak aku beli sebab baju girl lagila banyak pilihan. Jadi sehingga Jun 2009 aku tidak akan membeli sebarang baju baru untuk anak-anak aku. Macam aku kata tadi, lepas Ju n2009 kenala fikir balik pasal baju baru untuk anak-anak aku ni. Karang raya tahun depan tak berbaju baru pulak diaorang. Kesianla...

3) Pembelian majalah hanya dihadkan kepada 2 majalah saja selepas aku timbang-timbang. Majalah yang hanya boleh dibeli adalah Majalah Jelita & Majalah Pa&Ma. Majalah lain kalu nak baca, baca kat kedai saja. Aku ni 'hantu' majalah. Asal tengok je mesti nak beli. Kadang-kadang tu baca sekali lepas tu dah tak tengok dah. Dah banyak-banyak kat rumah rasa semak pulak. Kalau jual dekat 'suratkhabarlama' pun tak berapa duit yang dapat. Lainlah dengan Majalah Jelita dan Pa&Ma yang memang aku buat koleksi. Kesimpulannya nak baca majalah lain baca je kat kedai.

4) Pembelian alat-alat make-up, toiletries, bedak anak-anak dihentikan buat sementara waktu sehingga habis stok yang ada. Mende-mende ni semua sentiasa ada kat rumah sebab aku selalu dapat hadiah dari peraduan-peraduan yang aku masuk. Walaupun ada, tapi dah jadi tabiat nak beli jugak. Jadi kena habiskan apa yang ada kat rumah. Tak best pun pakai jugak sehingga habis stok baru boleh beli baru.

Setakat ni, ini sajala yang dapat aku fikir. Kalau ada lagi, aku tambah. Agak-agaknya dapat ke aku jimat banyak kalau buat perkara-perkara ni?

No comments: