Tuesday, December 16, 2008

Welcome to my family!

Weekend lepas aku menerima 2 ahli keluarga baru. Pertama, Izwan. Adik ipar aku@adik Huzein baru melansungkan pertunangan pada 14/12/08. Insyaallah Izwan & Yati bakal disatukan dan bertambah lagila ahli keluarga aku. Tahniah dan sedikit ucapan untuk mereka yang sedang berdarah manis ni, 'JANGAN MANIS TERUS DITELAN, PAHIT TERUS DIBUANG, JADIKAN PEDOMAN....' Ha..mendalam gitu!

Ahli keluarga kedua aku adalah baby adik aku (Oun) yang selamat dilahirkan pada 15/12/08 jam 2.13pagi. Baby boy, bersalin normal. Alhamdulillah, ibu dan baby berada dalam keadaan selamat. Tapi, aku tak berkesempatan nak melawat lagi. Tak sabar nak tengok baby ni, kalau boleh nak test letak dalam pouch. Mau ke Ida nak kasi? Pepandai je aku nak babywearing anak orang.....

No comments: