Friday, September 26, 2008

Raya datang lagi (part 4)



Untuk semua: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Untuk Huzein: Selamat Hari Raya. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran bahasa dan kekurangan diri Aishah. Nak duit raya....

Raya kali ni aku akan bercuti mulai esok, 26/09/08 hingga 05/10/08 (lama tu). Tahun ini aku akan beraya di Ipoh dulu dan raya kedua baru beraya di Penang.

Ok..Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti.

Hadif Syahmi & Susu Ibu

Hari ni genap 7 bulan dan 6 hari Hadif Syahmi menyusu. Dulu masa Haziq Fahmi aku sempat menyusu dia selama 5 bulan++ saja. Kali ni aku berazam nak menyusu lama lagi, selagi daya. Menyusu buat aku lebih rapat dengan anakku. Hadif Syahmi sampai tak mau berenggang lansung. Tak nampak je muka aku mesti merengek.


Hadif Syahmi yang riang-ria. Suka tersenyum

Hadif tersangatlah aktifnya. Tak reti duduk diam. Sebab tula kot badan dia tak semangat macam Haziq masa baby dulu. Tak kisahla janji dia sihat, cergas dan cerdas.


Hadif Syahmi enjoy his susu ibu

Kisah hari itu

Alkisahnya hari tu Huzein balik dari kerja tersengih-sengih. Katanya ada 2 berita, 1 baik dan 1 buruk. Nak dengar yang mana? So aku prefer nak dengar nak buruk dulu. Dia kata dia kena kerja lebih lagila lepas ni, balik lambat sebab berita baiknya dia dah tukar post. Hmm....tukar post tak best, naik gaji barula best. Adalah tu kot....hehehe... boleh saya tumpang sekaki.

Nampak gayanya cita-cita dia nak tukar kerja terbantut sekejap. Kerja lebih masa? Adoi.... Apapun sebagai isteri mithali (mithali ke bang?) lagi sejati aku mendoakan dia selalu sukses dengan apa yang dia buat. Aku memang kagum dengan Huzein. Nampak saja berserabut tapi kerja tip top.


Comelnye... Siapa? Dua-duala....hehehehee....

Alkisahnya Haziq Fahmi sekarang ni tengah training skit-skit tak pakai pampers. Belila spender Spiderman dan Batman bagi dia teruja skit. Malam tu dia buat perangai tak nak pakai pampers pulak. Malam kena pakaila kalau tak habis le tilam. Abah dia pujuk dari jam 10.00malam sampaila 11.30malam tak jalan jugak. Hangin le apa lagi. Aku pun menyirap jugak. Apa lagi, jadila ibu tiri sekejap...kuang..kuang..kuang. Paksa jugak dia pakai pampers walaupun menangis. Marah suruh dia tido, tutup muka dengan patung Pooh. Buat tak layan. Lama skit dia cakap "Ibu, Haziq minta maaf" Pergh...sedihnye sayer. Rasa bersalah pulak marah-marah dia. Actually Haziq ni sangat sensitif, walaupun umur dia baru nak masuk 3 tahun tapi dia sangat-sangatla sensitif (Libra, aku pun Libra. Macam akula kot..hehehehe)

Aku selalu cakap dengan Huzein, "Haziq ni bila Aishah tua nanti dia mesti jadi pendengar Aishah yang setia sebab dia sensitif" Harap-harapla. Apa perasaan anda kalu anak sendiri cakap, "Ibu, kenapa Ibu?" ataupun "Ibu janganla sedih"?


HAZIQ FAHMI & HADIF SYAHMI (asyik nak menggigit je kejenye...)

Raya datang lagi (part 3)

Seperti tahun-tahun lepas, aku akan dapat kad raya dari Amy Mastura (walaupun aku tak hantar dekat dia sebab dah daftar jadi ahli kelab). Tahun ni kad raya Amy Mastura masih lagi ditaja oleh Quaker Oat (dkt belakang kad ada resepi lagi....) Dapatla tengok gambar terbaru family dia.




Dari kiri: Adriana, Alvin, Adalia & Amy Mastura

Tapi tengokla apa Hadif Syahmi buat dengan kad raya aku. Waa....nasib baik dapat 2 keping. Dapatla simpan sekeping buat kenangan. Bertuah betul!


Raya datang lagi (part 2)

Setelah bertungkus lumus mengemas, inilah hasilnya. Walaupun make over tak sehebat Eric Leong tapi sekurang-kurangnya rumah kemas dan bersih. Lega skit hati ni. Orang datang ke rumah pun tak la malu sangat...







Hmm...ada bakat tak nak jadi ID?

Wednesday, September 24, 2008

Anugerah Terindah


With: Haziq Fahmi
Location: Bali, Indonesia
Date: Julai '07



With: Hadif Syahmi
Location: Hyatt Regency Johor
Date: Ogos '08

1, 2, 3, 4


Kasut: Haziq Fahmi, Aku & Huzein Fahmi (Hadif Syahmi tak pakai kasut lagi...)

1, 2, 3, 4 (Untuk anak-anakku...)

SATU, Kasih yang abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu

DUA, Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya Ibu

TIGA, Lapar dan dahaga
Rela berpayahan
Setianya Ayah

EMPAT, Mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih....

Hadif Syahmi


Ini anakku yang no. 2, Hadif Syahmi bin Huzein Fahmi. DOB 20 Februari 2008. Dah 7M++. Sekarang ni dah pandai menyulur dan ada gigi 2 batang.

Haziq Fahmi


My first child Haziq Fahmi bin Huzein Fahmi. DOB 8 Oktober 2008. Obses dengan Spiderman, Ultraman dan segala macam man lagila. Skit hari lagi genap 3 tahun.

Tuesday, September 23, 2008

Raya datang lagi

Hm...raya datang lagi. Tahun ni raya bertambah meriah sebab Hadif Syahmi pun ada sama. Dan tahun ni dapatla aku berbaju raya (tahun lepas pakai baju mengandung...) Memandangkan nak raya, jadi aku pun mengemas-ngemas rumah yang macam tongkang pecah.

Ni gambar-gambar sebelum make over...hehehehe...





Nak tengok yang dah make over? Tunggu.....

Buatku Tersenyum


Cuba teka siapa dalam gambar ni?

BUATKU TERSENYUM

Datanglah sayang dan biarkanku berbaring
Di pelukanmu, walaupun 'tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bilaku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bilaku marah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun 'tuk sekejap
Kar'na hanya engkaulah yang sangggup redakan aku
Kar'na engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Kar'na dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah maupun senang

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku.....

Note: Fahami dan mengertilah, walaupun sedikit...