Friday, October 31, 2008

Babywearing dalam paper The Star!



Wow... this is so interesting! At least bila dah ada berita ni dalam paper tak adalah orang akan pandang aku macam 'bibik' lagi. Congratulation to all Malaysian Babywearing Team especially Jess. Rasa rugi sangat tak dapat join pada hari tu sebab Haziq demam. Insyallah 16 November 2008 ni aku akan join untuk aktiviti di Queens Bay Mall. Jumpa di sana!

Tuesday, October 28, 2008

Haziq Fahmi (Kefahaman Yang Lancar)

Haziq Fahmi sekarang dah 3 tahun lebih. Rasanya sepanjang membesarkan Haziq, senang rasanya, kurang masalah (kalau tak ada masalah lansung mesti something wrongkan?). Teringat dulu-dulu masa dia baby, dia tido dalam buaian. Dalam hati risau dia susah nak tido kalau tanpa buaian. Tapi alhamdulillah, bila umur menginjak hampir setahun dia dah tak tido buaian.
Bila umur dah nak masuk 3 tahun, perkara yang aku risaukan macamana nak ajar dia tak pakai pampers @ buang air di toilet? Hmm..sekejap saja kerisauan aku hilang. Haziq Fahmi memang mudah diajar (seperti makna namanya KEFAHAMAN YANG LANCAR). Beli saja 'suar kecik' Spiderman, Batman & Superman..semuanya menjadi mudah... hehehehehe... Sekarang ni dia cuma pakai pampers masa tido malam.
Perkara-perkara kecil yang aku ajar dia, contohnya simpan kasut di tempat kasut bila masuk rumah, kemas barang-barang sekolah, baca doa sebelum makan mudah saja diikutinya. Alhamdulillah....
Bila umur dia menginjak 3 tahun, gunting rambut pun jadi mudah. Ni gambar yang aku ambil masa dia gunting rambut baru-baru ini. Nampak macam relaks je kan? Sebelum ni 3 orang kena proses kepala dia, sorang gunting rambut dan 2 orang lagi pegang kepala dia.

Ada kelas... gunting rambut pun dekat salun. Amoi yang guntingkan...

My New Pouch - PeekarooBaby


Peek-a-Pouch: Colours of the night
Terlambat rasanya masukkan entry ni. Peek-a-Pouch dari PeekarooBaby aku dah sampai lama. Dah banyak kali dah pakai. Tapi baru berkesempatan ambil gambar. Kualiti gambar kurang memuaskan. So, inilah 'action picture' aku. Lawa tak pouch ni?

Ini 'action picture' dari Haziq. Dia pun ada hati gak nak try sama.....

Monday, October 20, 2008

Birthday Celebration

Sempena ulangtahun kelahiran aku inilah hadiahnya....

1) Kad diskaun 30% dari Padini
Best ni sebab aku tengah admire satu handbag Vinci. Boleh pakai sampai end of this month kad ni.

2) Dinner di Secret Recipe atas permintaan Haziq
Makan sedap....

3) Birthday kek aku

Tapi yang paling hepi tentula Haziq Fahmi....Isk....

Menu kegemaran Haziq, fun fries ABC & small burger

Dia buat Secret Recipe tu macam rumah dia....

4) Strawberry, tapi tak ada coklatla macam Siti Nurhaliza tu...(ingatkan boleh dapat bunga!)

Syukur, masih ada kesempatan lagi untuk celebrate birthday dengan orang-orang tersayang.

Friday, October 17, 2008

Tomorrow is my birthday!

(Gambar masa sambutan birthday Haziq)

Esok birthday aku. Hm...dah masuk angka 30an dah. Tak bestnye, tapi takpe walaupun dah 30an still maintain. Nampak macam 20an je...hahahahaha....

Wish aku untuk birthday yang ke 30 ni...
Dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki, kayo, maintain cun, disayangi suami, disayangi anak-anak, disayangi keluarga, disayangi oleh semua orang, hidup gembira, riang-ria, tak ada masalah, anak-anak semua baik-baik belaka - soleh, nak anak lagi, aku pun jadi anak yang baik, jadi isteri yang baik lagi mithali, jadi muslim sejati, masuk syurga, kerja bagus, rumah bersih, nak BECO... bla...bla...bla...

Macam banyak sangat permintaan. Biasalah aku manusia......

Tempat cari makan

Inilah tempat kerja aku, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM (dengar mana pun takut!) Termaju....
Hari tu aku balik kerja lambat skit, so suka-suka hati ambik gambar kat office ni.

WORKSTATION AKU

BILIK BOS

Hm...nampak macam boring jekan tempat kerja aku ni. Tapi nilah tempat cari makan. Best tak best kena kerja jugakla......
Ni gambar yang still ada kat office masa tu. Jangan marah no....

KAK BIBAH

SHIDA

KAK RADZIYAH

ENCIK MUS

HADI

Wednesday, October 15, 2008

Hadif Syahmi ada gigi

Dah lama sebenarnya Hadif ni tumbuh 2 batang gigi. Tapi baru ni je berkesempatan ambil gambar dia nampak jelas giginya. Comel betoi!

HADIF SYAHMI

Tuesday, October 14, 2008

International Babywearing Week

Hmm..inilah yang dinanti-nanti, INTERNATIONAL BABYWEARING WEEK (12 - 18 November 2008)

Antara program yang akan dijalankan sempena International Babywearing Week:-

26 Oktober 2008 - 18 November 2008
Online Contest:
1) Photo contests
2) Short story contest

26 Oktober 2008 (Ahad)
Promotion Booth
Tempat: Little Penang Street Market, Penang


15 November 2008 (Sabtu)
Babywearing Workshop
Tempat: Teeny Tiny Tapir, KL

16 November 2008 (Ahad)
International Babywearing Gathering
Tempat: Queensbay Mall, Penang & The Curve, KL

Maklumat lanjut sila singgah di M'sian Baby Wearers!

Thursday, October 9, 2008

My new pouch

PeekarooBaby datang buat promotion dekat tempat kerja Huzein. So, aku pun pesanla dekat dia beli pouch yang baru untuk aku. Inila coraknya...

Colours of the night

Tak sabar rasanya nak try, tapi weekend depan baru boleh dapat sebab Jess (owner PeekarooBaby) nak kena jahitkan saiz yang sesuai untuk aku. Dah dapat nanti boleh tengok 'action picture' aku ye....

Wednesday, October 8, 2008

10 Hari lagi

18 Oktober ku nanti....
Birthday aku le apa lagi. What I want for my birthday? Ini dia....

BECO BABY CARRIER

Harga boleh tahan jugakla mahalnya sebab tak ada jual di Malaysia. Kena beli online. Tak dapat pun takpe...(sob...sob...) tapi kalau dapat memang best giler....

Raya datang lagi (part akhir)

RAYA PERTAMA: Di Ipoh, kampung Huzein. Beraya rumah sedara-mara di Kampung Temiang.

Gambar raya 2008

RAYA KEDUA: Pagi masih di Ipoh sebab ada rombongan datang. Petang bertolak ke Penang.

Ramainya ahli rombongan. Gambar aku tak ada sebab jadi tukang ambil gambar.

RAYA KETIGA: Beraya di Sg. Petani (rumah Mak Lang) dan Permatang Tok Jaya (rumah Makcik)

RAYA KEEMPAT: Ke Setiawan, ada perjumpaan keluarga. Petang balik Ipoh pulak.

RAYA KELIMA: Masih di Ipoh. Malam celebrate birthday Haziq, main bunga api dan balik semula ke Kulim. Esok dah kerja....

Pergh..penat betul! Tapi time-time macam nila nak jumpa sedara-mara. Entah-entah raya 2009 baru dapat jumpa lagi.

Selamat Hari Lahir Haziq Fahmi

Hari ni merupakan birthday Haziq Fahmi yang ketiga (8 Oktober 2005). Rasa macam sekejap saja, dah 3 tahun umur dia. Doa ibu semoga Haziq Fahmi akan jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

Tahun 2006: Birthday Pertama

Tahun 2007: Birthday Kedua (sambut dengan sepupu dia Imaan)

Tahun 2008: Birthday Ketiga (Sambut dengan Imaan jugak)

Tuesday, October 7, 2008

Susu ibu yang terbaik!

Isu skandal susu di China benar-benar mengejutkan semua pihak. Bahan melamin yang dicampurkan di dalam susu (untuk menambahkan kandungan protein) bukan sahaja menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak di China jatuh sakit dan ada yang mati.

Sekarang ni bukan sahaja susu baby sahaja yang tercemar, malahan beberapa produk yang menggunakan tenusu jugak dipercayai tercemar. Dari SMS yang aku terima, antara produk makanan yang tercemar adalah M&M's, Snikers, Oreo Wafer Sticks, Wall's Mini Poppers Ice Cream, Moo Sandwich Ice Cream dll. Hmm..menakutkan.

Yang paling menakutkan susu anak aku. Nak kena check lebih detail lagi ni. Haziq Fahmi masih lagi minum susu, hari-hari minum susu. Nak kena check, nak kena check. Hadif Syahmi minum susu aku, tapi campur gak skit dengan susu formula sebab tak cukup stok. Nak kena make sure selamat jugak ni.

Bila difikirkan balik, baby perlu mendapat yang terbaik dan yang terbaik adalah susu ibu. Patutla dalam Islam ada ibu susuan, sekiranya ibu tidak dapat menyusu, baby boleh menyusu dari ibu susuannya. Tak perlu dapatkan susu formula yang mahal-mahal. Sudahla mahal, tercemar dan bertoksik pulak tu. Insyallah, bila ada baby nombor 3 nanti aku akan menyusu sepenuhnya. Buat stok banyak-banyak. Itu janjiku....

Nota: Buah & sayur dari China pun dikatakan tercemar. Lepas ni kita makan buah-buahan tempatan pulak ye.....

Monday, October 6, 2008

Aku & Babywearing

Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal baby wearing kat sini. Tapi tak berkesempatan. Aku start baby wearing ni masa Hadif umur 5 bulan. Diperkenalkan dengan pouch masa pegi sambutan penyusuan susu ibu peringkat Penang di Bayview Hotel Penang. Masa tu baru minat skit-skit saja.

Lepas tu aku surf internet cari maklumat skit dan join Malaysian Baby Wearers Forum (tapi tak aktif sangatla). Pouch pertama aku adalah dari littlepods. Huzein yang belanja beli..he..he...he...


Masa ni tak berapa pandai pakai lagi. Nampak buruk je. (Bukan aku yang buruk ye.....)


Lepas beberapa kali training, inilah hasilnye...


Nampak confident semacam je....




Hadif Syahmi pun happy kalau duduk dalam pouch. Senang nak bawa pegi jalan-jalan.

Biasanya perkara baru macam ni mesti dengar komen-komen dari orang sekeliling...

MAK aku kata: Elokla tu macam orang Indon.
ADIK aku kata: Apa ni macam orang Pattani?
ORANG LAIN kata: Tengok dia bubuh anak dia dalam tu?

Katala apa nak kata. Janji aku senang, Hadif pun happy. Sekarang ni aku teringin nak beli lagi. Nak beli pouch yang bercorak dan Beco. Hmm...ada sapa-sapa nak belanja pulak?