Tuesday, November 25, 2008

Kesian dia, demam

Hari ni aku masuk kerja lambat skit. Pergi klinik ambil ubat, Hadif Syahmi demam. Kesian dia. Dalam demam-demam still nak lasak lagi, tapi bila dia berasa letih, dia letakkan kepala atas lantai, bila ok dia melasak balik. Ishk..ishk..ishk...
So, pagi-pagi aku dah ke Klinik Iman ambil ubat. Nak tunggu Klinik kanak-kanak Kamachi buka lambatla. Selalunya anak-anak aku ni suka ubat di Klinik Kamachi. Sedap kot..maklumkan ubat tu memang khas untuk kanak-kanak. Harap-harap Hadif tak rejek ubat di Klinik Iman. Makan ubat, biar cepat sihat ye.....

Hadif Syahmi yang comot baru lepas makan bubur nasi

Monday, November 24, 2008

OooOooOo...balik kampung...

Setelah sekian lama (chewah..macamla bertahun-tahun) kami anak-beranak tak balik ke kampung Ipoh, jadi minggu ni kami semua balikla. Last kami balik masa Hari Raya lepas. Lepas tu tak balik dah sebab sibuk dengan macam-macam hal. Yang ada mertua aku datang ke teratak aku di Kulim.

Jom tengok aktiviti Haziq Fahmi & Hadif Syahmi....

Abah sibuk nak potong rumput, Haziq Fahmi pun menyibuk jugakla. Tak padan dengan kecik. Abah pun rajin melayan dia....





Hadif Syahmi....

Pandang dari jauh jela. Kalau dah boleh berjalan ni maunya dia join sama.


Bye-Bye Dusty Rose, Helo Navy Blue

Setelah berfikir semasak-masaknya aku mengambil keputusan untuk menjual pouch Littlepods aku. Aku suka dengan warnya dia, walaupun nampak masam skit...hehehe... Dusty Rose. Dusty Rose ni terpaksa aku jual sebab saiz dia aku beli terbesar. Aku sepatutnya pakai saiz S tapi Dusty Rose ni saiz M. Sedihla jugak sebab nila pouch pertama aku. Aku jual pada Annis (form KL) Harap-harap dia hepi dengan pouch yang dibelinya.

Gambar kenangan bersama Littlepods - Dusty Rose

Dan sebagai gantinya aku beli pouch Littlepods jugak. Atas nasihat my DH aku beli warna Navy Blue. Baru je sampai ni, belum pun test lagi. Tak sabar nak balik rumah....

Friday, November 21, 2008

Poco Poco

Senaman poco poco? Wah...best ni. Memang best walaupun baru 1st time try. Berpeluh-peluh jugakla ikut cikgu yang mengajar tu. Tapi, banyak gelak...
Balik rumah boleh ajak Haziq & Hadif buat sama. Tengok tu bersungguh-sungguh aku berpoco-poco..hehehehe...



Monday, November 17, 2008

Al-Kisah Babywearing

Aku tak sangka babywearing akan menjadi satu kegilaan baru bagi aku. Hm...aku dah ketagih rupanya. Aku start babywearing masa Hadif 5 bulan lebih (kesian Haziq tak merasa babywearing ni...). Sekarang Hadif dah 8 bulan lebih. Kira baru jela aku dengan babywearing ni. Tapi aku memang ketagih. Ketagih nak beli baby carrier. Sekarang ni aku ada 2 pouch (Littlepods & Peekaroobaby) dan satu lagi AidaFiqs Buckle-Tai. Aku merancang (amboi..amboi...) nak beli lagi! Aku suka sangat dengan BECO, aku admire Snugg Mei Tai, aku teringin Mei's Mei Tai dan sekarang ni aku tengah tunggu SSC dari Littlepods. Adoi...habih le duit kalau cenggini.

Me & Hadif in Peekaroobaby Pouch

Husband aku ada cakap, baby carrier ada 3 tapi baby ada satu je. Boleh gitu? Sabo jela....

International Babywearing Walk

Hari Ahad, 16 November 2008 di adakan International Babywearing Walk di KL dan Penang. Di Penang, walk diadakan di Queensbay Mall. Dapatla aku join yang di Penang punya. Walaupun tak seramai yang di KL tapi happening juga!
Ini antara gambar-gambar yang diambil.


Friday, November 14, 2008

Konsert Haziq

Pada 8 November 2008 lepas, sekolah Haziq, Tadika Minda Cerdas buat konsert akhir tahun. Start jam 8.00 malam dan dalam jam 10.00 malam habis. Buat di Kulim Golf Club. Seronok tengok Haziq dan kawan-kawan. Bukan main lagi dia...

Pentas persembahan

Acara hari tu...

Sesi ucapan wakil pelajar

Menari dengan kengkawan satu kelas (4 Genius)

Pegang anak dara sapala tu?

Dapat hadiah dari Teacher Noor

Tersepit di antara kawan-kawan

Selepas habis konsert

Haziq, Ibu & Hadif

Haziq & Abah

Monday, November 10, 2008

Buckle-Tai, more action picture

Gambar-gambar diambil semasa Konsert akhir tahun TADIKA Haziq pada 8 November 2008. Relaks je dengan adanya Buckle-Tai ni. Hidupku menjadi mudah..heheheheh. Enjoy!






Beratnye sayer...

Sejak September 2008 yang lalu aku mula join kelas Obesiti yang dianjurkan oleh IPPT. Walaupun belum masuk kategori obes..hehehehe...tapi aku daftarkan diri juga sebab aku dalam usaha nak kuruskan badan. Kalau dah masuk kelas ni kira semangat skit nak kuruskan badan dan memandangkan ada pemantauan, maybe usaha aku nak kuruskan badan akan lebih berhasil.
Berat badan semasa mengandung (ditimbang sebelum masuk bilik bersalin) adalah 78kg dan seminggu selepas bersalin, berat badan aku 64kg. Berat betul...tak sanggup nak naik mesin penimbang. Jadi semasa dalam pantang, aku pun usaha lebih skitla nak kuruskan badan. Jadi selepas 2 bulan cuti bersalin, berat badan aku turun sehingga 58kg. Lepas raya hari tu aku timbang lagi turun lagi 4kg menjadi 54kg. Ini adalah berat badan aku yang terkini iaitu pada 6 November 2008.

Pada 6 November 2008 tu diadakan Kelas Penyediaan menu sihat. Menu sihat yang diajar masak pada hari tu adalah Tom Yam. Nyum..nyum..memang sedap.

Chef in action

Tom Yam in action

Inilah hasilnya, Tom Yam

Friday, November 7, 2008

Babywearing di mana-mana

Wow...babywearing Malaysia hangat! Ada di mana-mana. Harap-harap lepas ni ramai akan turut serta untuk 'memakai' baby mereka. HAPPY BABYWEARING!

Paper Kwong Wah (31 Oktober 2008)

Paper Star (4 November 2008)

Majalah Parenthood (November 2008)


Majalah Mami&Baby (November 2008)

Wednesday, November 5, 2008

Pumping is boring?

Adoi..apala nak jadi dengan aku sekarang? Malas pumping. Maafkan Ibu ye Hadif! Dulu sekurang-kurangnya aku akan pam 2 kali sehari dan akan dapat dalam 8-12oz sehari. Sekarang ni sekali sehari pun macam malas je. Bolehla dapat dalam 6-8oz sehari. Maybe kesibukan tugas, penat dan malas buat aku jadi malas...hehehehe... Sebenarnya pumping tu tak boring tapi mengelap peralatan pumping tu yang boring. Ambik masa. Dan aku memerlukan motivasi. Kena baca susuibu.com selalu-selalu la. Bila baca barula semangat lebih skit. Dan kena lebihkan makan makanan yang boleh banyakkan susu supaya susu banyak dan maintain banyak supaya Hadif dapat minum banyak-banyak!

Peralatan pumping aku. Aku letak pam Avent ISIS dalam jag tu. Senang nak bawa ke sana ke mari.

Hadif Syahmi dah boleh duduk

Satu perkara yang menggembirakan aku sehari dua ni, Hadif Syahmi dah boleh duduk tanpa orang lain pangku. Buat masa sekarang, dia masih lagi menyulur. Tak ada tanda-tanda nak merangkak walaupun adala juga angkat bontot. Dalam menyulur tupun sibuk nak memanjat. Sofa kat rumah tu dia dah boleh panjat dah. Maybe dia sama macam Haziq Fahmi, tak merangkak tapi terus berdiri dan berjalan. Anak-anak aku ni melangkau step, semua nak cepat...

Hadif Syahmi & kereta mainan barunya

So far sekarang ni Hadif dah pandai sebut Abah. Dulu adala juga dia sebut 'Abu' maybe untuk Ibu. Tapi sekarang dah tak dengar dah...waa... Yang ada 'amma'. Adoi.... Dan sekarang berjangkit dekat Haziq pulak, kalu dia terkejut bangun malam-malam Haziq akan sebut 'amma'. Apa dah jadi dengan anak-anak aku ni?

Buckle-Tai dah sampai!

Yeah..akhirnya sampai jugak Buckle-Tai yang aku order. Seronoknya! Teruja sangat-sangat nak try. Tapi tak dapat sebab Buckle-Tai ni dihantar ke alamat office.
Balik je rumah, apa lagi terus pakai, angkat Hadif letak dalam tu dan ambil gambar. Best sangat sebab Buckle-Tai ni senang nak pakai dan selesa. Tengokla Hadif tu, senyum je....ingat orang nak bawa dia pegi jalan-jalan kot..hehehehe....

Me & Hadif with our new Buckle-Tai..chewah...

Yang best jugak sebab Aida (owner AidaFiqs Handmade) kasi aku free gift, beg yang sama corak dengan Buckle-Tai ni. Inila begnya...



Thank you Aida!

Monday, November 3, 2008

Beli lagi...

Pilihanku: Buckle-Tai Funky Retro
One of M'sian Babywearing members, Aida baru buka blog jual Buckle-Tai. Hm...tersangatlah menariknya. Buka je blog dia aku terus jatuh chenta dengan dia punya Buckle-Tai. Corak pun lawa. Terus je aku melupakan hasrat beli BECO dan order satu. Nak tahu, I'm the first customer! Pergh..bangga ada, teruja pun ada...dan yang paling best sekali dia bagi free gift. Jeng..jeng..jeng...bestkan? Tak sabar nak tunggu Buckle-Tai ni sampai. Pada yang berminat bolehla shopping di laman AidaFiqs Handmade.