Wednesday, December 31, 2008

Projek Gunting Rambut

Untuk pertama kalinya, kami potong rambut Hadif. Dah panjang sangat dan hampir-hampir masuk ke mata. 10 bulan dah kena potong rambut. Masa Haziq dulu setahun lebih baru kami start potong rambut dia.
Hadif baik sangat. Tak ada masalah nak potong rambut dia. Diam saja. Macam nila anak ibu....







Baby & Stroller


Artikel ni saya jumpa dalam Mingguan Malaysia (Ahad, 21/12/08). Menarik, tapi penulis artikel tak tahu pasal babywearing. Kalau tidak mesti dia bagitau babywearing adalah pilihan yang terbaik! Saya ada stroller. Tapi dari ada Haziq sampaila Hadif, berapa kali je pakai. Itupun diaorang tak nak duduk lama dalam tu. Adala dalam 10 minit dah menangis minta dukung. Jadi, bagi saya BABYWEARING ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK!

Yang pastinya baby akan lebih dekat dengan saya dan tak akan tertekan, macam artikel ni katala...hehehehehe....

Nota: Klik dekat gambar artikel untuk baca artikel dengan lebih jelas.

Haziq di Bagan Specialist Center

Gambar-gambar semasa di Bagan Specialist Center. Umpama CUTI-CUTI MALAYSIA bagi Haziq Fahmi....


Tangan Haziq berbalut. Doktor ambil darah dan letakkan alat untuk masukkan air dan antibiotik. Kebal anak aku ni. Tak menangis pun. Malah hepi je sebab doktor kata nak buat tangan dia macam Ben 10.


Haziq & ibu yang sememeh. Tapi Haziq hepi je duduk kat hospital. Budak-budak, tak ada mende yang nak dirisaukan.


Haziq bersantai-santai sambil makan biskut bersama-sama patung Pooh dan Ultraman dia. Ultraman tu aku beli dekat kedai di Bagan Specialist Center tu. Haziq pagi-pagi dah ajak aku ke situ sebab dia tahu kat situ ada jual banyak mainan.


Ultraman yang aku beli untuk Haziq. Sepatutnya ada 6 bijik. Tapi sebijik dah Haziq rosakkan, patah pinggang dia. Sekejap je beli dah rosak.

Petua Menambahkan Susu

Memandangkan susu badan saya semakin berkurangan, saya mencari-cari macamana nak tambahkan lagi susu. Petua ni saya dapat dari Dr. Hasnah yang mana petua ni diberi pada dia oleh staf dental di tempat saya kerja.

Bahan-bahan
1. Jintan Hitam
2. Halba (merah)
3. Jintan Putih
(ketiga-tiga bahan dibunjutkan)
4. Bawang Putih (diketuk)
5. Serai Wangi
6. Daun Lengkuas
7. Daun Kunyit

Semua bahan-bahan ni direbus dan mandi dengan airnya selama 3 hari berturut-turut. Kira buat macam dalam pantangla.

Insyallah saya akan try cuti weekend ni. Nak kena cari bahan-bahan dulu. Mudah-mudahan susu saya akan bertambah balik. Insyaallah.....

Tuesday, December 30, 2008

Anniversary? Tak adala....

Selepas lama bercuti, hari ni aku start kerja balik. Penat! Memang penat.

18/12/08 (Khamis)
Aku cuti. Hantar Hadif pergi rumah mak. Plan nak kemas rumah dan pack barang-barang ke Batu Feringgi. Tapi, Haziq demam. Ajak Huzien ke Klinik Kanak-Kanak Kamachi. Sebelum ni dia ada mengadu sakit. Tapi aku check seluruh badan dia macam ok je. Tapi masa dekat klinik doktor tu nampak bengkak dekat paha dia. Doktor kata kelenjar dia bengkak. Bagi ubat dan kalau esok tak ok jugak dia kena masuk wad. Alahai...kesian anak ibu.

19/12/08 (Jumaat)
Hari ni cuti lagi sebab awalnya plan nak pergi Batu Feringgi. Huzein bawa Haziq lagi sekali ke Klinik Kamachi. Dalam hati rasa mesti tak dapat pergi Batu Feringgi. Bila Huzein call dari klinik, comfirm Haziq kena masuk wad sebab dia still demam dan bengkak tak surut pun. Kesian tengok Haziq jalan terhencot-hencot. Aku pack barang-barang untuk ke hospital. Huzein decide pergi ke Bagan Specialist Center (BSC). Lepas hantar Hadif ke rumah mak (Wa...sian Hadif kena tinggal) kami terus ke BSC. Dr. Dinesh tak ada, so Dr. Teh yang gantikan dia. Lepas check terus masuk wad. Aku kata dekat Haziq, "Inila hotel Haziq". Tapi budak bijak ni kata, "Bukan hotel la... hospital". Hehehehe...nasib le. Tak ada la anniversary celebration. Aku call hotel untuk cancel booking. Bila staf situ kata, "Late cancellation ye puan...". Terus aku kata, "anak saya sakit kena masuk hospital". "Er..ok..ok.."

20/12/08 (Sabtu)
Bangun pagi-pagi aku mengepam susu. Minta nurse simpankan dalam peti sejuk. Pagi tu Hadif datang hospital dengan mak. Oun (adik aku) yang bawa. Dia tengok je muka aku. Mesti rindu tak tido dengan aku semalam. Seumur, umur Hadif aku tak pernah tinggalkan dia lagi. Tak pernah aku tido tanpa dia. Aku pilih kursus yang aku boleh pergi pun sekitar Penang je dan tak memerlukan aku bermalam. Sebabnya aku tak mahu jauh dari Hadif. Time nak balik Hadif macam tak nak je dekat mak. Huhuhu....malam tu aku nangis. Teringat Hadif. Teringat Haziq yang sakit. Sedih sebab rasa tak berdaya....

21/12/08 (Ahad)
Kaki Haziq sakit lagi tapi buasnya dia aduhai bukan main lagi. Asyik berlakon jadi Ultraman sampai jatuh dari katil. Nak marah pun ada, tapi kesian punya pasal aku pujuk jugakla....
Hari ni tak tengok Hadif lagi. Petang aku ajak Huzein pergi klinik ambil ubat. Aku tido dalam air-cond tak tahan sampai demam, selsema & batuk. Dengan Haziq sekali kami angkut keluar. Balik ke rumah sekejap untuk susukan Hadif. Lepas tu ke Klinik Penawar ambil ubat dan MC untuk esok. Cuti dah tak banyak, terpaksala MC. Lagipun aku betul-betul sakit ni...

22/12/08 (Isnin)
Boring duduk di hospital sudah sampai tahap maksimum. Ya Allah, sembuhkanlah anak aku. Aku mahu pulang....

23/12/98 (Selasa)
Harini aku terpaksa pergi kerja. Bangun awal pagi, pam susu lepas tu mandi dan siap-siap untuk pergi kerja. Haziq, biarlah abahnya yang mandikan. Dr. Dinesh dah start kerja balik hari ni. Awal pulak dia datang check Haziq. Dia minta buat ultrasound. So aku masuk kerja lewat. Ikut Huzein bawa Haziq buat ultrasound. Lepas tu terus Huzein hantar aku pergi kerja. Badan kat tempat kerja tapi hati teringat dekat anak-anak. Susu badan makin kering. Perah boleh dapat 2oz je. Adoi....
Tengahari Huzein call kata Haziq dah boleh keluar dari hospital. Doktor minta dia makan ubat dan Jumaat ni kena datang jumpa doktor balik.

24/12/08 (Rabu)
Hari ni aku kerja. Banyak kerja nak buat...... Stress sebab susu badan makin kurang. Stress sangat....

25/12/08 (Khamis)
Cuti Krismas. Kami sekeluarga tak pergi mana-mana. Duduk rumah. Kemas rumah. Lagipun keadaan Haziq tak mengizinkan kami berjalan-jalan. Paha dia still bengkak tapi dah tak sakit. Jalan pun dah ok tak adala terhencot-hencot.

26/12/08 (Jumaat)
Pergi ke Bagan Specialist Center sekali lagi. Jumpa Dr. Dinesh dan dia suruh pergi jumpa pakar bedah untuk minta pendapat. So, kami jumpa Dr. KK. Kata dia keadaan Haziq dah bertambah ok. Dia minta Haziq makan antibiotik lagi dan tunggu sehingga Rabu minggu depan (07/01/09). Kalau bengkak tu tak surut maybe kena potong skit. Harap-harap tak kena potongla. Haziq dah nak start sekolah. Ketinggalan pulak dia nanti.

27/12/08 (Sabtu)
Mak dan Abah datang dari Ipoh. Saja je jejalan. Aku dan Huzein tak bagitau pun kata Haziq masuk hospital sebelum ni. Tapi bila diorangg datang sini, terbocorla rahsia.

28/12/08 (Ahad)
Mak dan Abah balik semula ke Ipoh. Terpaksa balik hari ni jugak sebab Yati akan balik dari KL. Rasa sekejap je diaorang datang rumah. Dahla tak bawa jalan ke mana-mana. Malam kami ke kedai Anakku. Aku ajak Huzein pergi melawat baby Oun & Azida esok. Dah dekat 2 minggu lahir tapi tak sempat lagi nak pergi melawat dia.

29/12/08 (Isnin)
Kami sekeluarga pergi ke Parit Buntar melawat baby Zufal Afkar (betoi ka aku tulih nama dia). Bawa mak sekali. Mak aih...punyanya comel pipi si Zufal ni. Labuh...heheheh.... Teringin je nak baby lagi. Tapi, hm...tunggula dulu.
Petang tu singgah ke Jusco Prai. Teringin nak makan Big Apple punya donut sebenarnya. Sebelum keluar rumah ingat nak pakai Angelpack untuk kendong Hadif, tapi tak jadi sebab aku tak try pun betul-betul. Last-last aku bawa Buckle-Tai. Kat Jusco, aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri sebab tengah dalam latihan untuk pelan penjimatan 2009...hehehehehe. Cuma beli botol air baru untuk Haziq & Hadif. Huzein beli seluar, 2 pasang pulak tu. Jeles sayer.

30/12/08 (Selasa)
Kerja...kerja...kerja.....

Tuesday, December 23, 2008

BUSY!

BUSY!
....but I have a lot of thing to story la... Yang best, yang tak best, semua ada. Er...nanti-nantilah ye. Saya orang gomen, kerja makan gaji. Kalu kerja tak siap, nanti bos kasi gergaji.......

Wednesday, December 17, 2008

Hepi Anniversary...

....bukan hari nila. Esok! Esok dan lusa aku bercuti.

Esok nak pegi Pejabat Pos ambil Angelpack aku. Esok nak potong/cantas pokok2 yang dah semakin semak kat depan rumah aku. Esok nak kemas rumah. Esok nak cuci bilik air. Esok kena pack barang-barang nak pergi Penang (ceh..macamla jauh sangat). Esok ...hm..apa lagi nak buat esok?

Actually lusa baru boleh betul-betul celebrate Anniversary. Aku dah book Hotel Bayview Penang di Batu Feringgi. Malas nak pergi holiday jauh-jauh. Simpan duit. Tahun depan boleh pergi. Lusa kami akan pergi sana. Lusa nak pergi pantai. Lusa nak jalan-jalan kat pasar malam Batu Feringgi. Lusa nak bawa anak-anak tengok taman herba/taman rama-rama. Lusa nak.... tak plan lagila betul-betul apa nak buat? Harap-harap semua akan hepi terutamanya Encik Huzein Fahmi. Kalau dia tak hepi, aku tak hepi. Kalau aku tak hepi, mesti anak-anak tak hepi (ye ke?) Kalau semua orang tak hepi tak adala Hepi Anniversary....hahahaa..apa yang aku merapu ni.

DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI. AMIN....

Gambar masa honeymoon di Langkawi

Angelpack Paprika

Hari Jumaat lepas aku dapat SMS daripada Shida kata Angelpack dia dah sampai. Wah..jeles ni. Dia dah siap try, ambil gambar dan pos ke forum M'sia Babywearers lagi. Aku punya bila nak dapat? Hari Sabtu dapat SMS dari Hanim kata aku punya sampai kat rumah dia. So, kira yang Hanim punya akan dapat dekat aku. Nanti terpaksala kami pos untuk tukar. Lagila lambat aku nak merasa Angelpack aku ni. Tadi pagi aku dah contact Pejabat Pos dan yang membuatkan hati aku lega Angelpack Hanim ada di sana. Esok aku cuti, so aku akan pi ambik sendiri. Lagi cepat dari tunggu abang posmen hantarkan.


Inila corak Angelpack aku. Tak sabarnya nak try....

Dan, aku nak kongsi gambar aku yang diambil oleh Shida masa sambutan Minggu Penyusuan Ibu di Hotel Bayview Penang. Gambar 1st time aku try Peekaroobaby pouch. Masa ni aku tak tahu apa itu babywearing. Tapi 1st time try aku rasa sangat selesa sangat kendong Hadif. Dan Hadif pun selesa tido dalam pouch tu.


Thanks Shida sebab kasi gambar ni. Inila yang membawa aku ke dunia babywearing..chewah..chewah... dan menyebabkan aku beli dan beli dan beli lagi baby carrier....hehehehehe....

Tuesday, December 16, 2008

2 hari lagi.....

Lagi 2 hari kami berdua akan sambut ulangtahun ke-4 perkahwinan. Hari tu aku dah kongsi gambar kahwin favourite aku. So, kali ni aku nak kongsi gambar favourite aku masa honeymoon dulu. Kami tak pegi jauh, Langkawi je....


Romentik tak?

Welcome to my family!

Weekend lepas aku menerima 2 ahli keluarga baru. Pertama, Izwan. Adik ipar aku@adik Huzein baru melansungkan pertunangan pada 14/12/08. Insyaallah Izwan & Yati bakal disatukan dan bertambah lagila ahli keluarga aku. Tahniah dan sedikit ucapan untuk mereka yang sedang berdarah manis ni, 'JANGAN MANIS TERUS DITELAN, PAHIT TERUS DIBUANG, JADIKAN PEDOMAN....' Ha..mendalam gitu!

Ahli keluarga kedua aku adalah baby adik aku (Oun) yang selamat dilahirkan pada 15/12/08 jam 2.13pagi. Baby boy, bersalin normal. Alhamdulillah, ibu dan baby berada dalam keadaan selamat. Tapi, aku tak berkesempatan nak melawat lagi. Tak sabar nak tengok baby ni, kalau boleh nak test letak dalam pouch. Mau ke Ida nak kasi? Pepandai je aku nak babywearing anak orang.....

Thursday, December 11, 2008

Seminggu lagi.....

Esok sehingga hari Isnin aku akan bercuti. Nak balik Ipoh sebab adik ipar aku, Yati akan bertunang dengan pilihan hatinya..chewah..Dr. Izwan. Mesti dia tengah suspen dan berdebar-debar. Macam aku dulula.....

Dan seminggu lagi aku akan celebrate ulangtahun perkahwinan aku yang ke-4. Sekejap je dah 4 tahun. Dan untuk mengenang kembali detik-detik manis itu, aku nak letak gambar kahwin favourite aku kat sini. Meh tengok....


Kenapa aku suka gambar ni?
1) Gambar ni cantik sangat!
2) Aku nampak manja je dengan sidia...hehehehe (karang ada pulak yang nyampah nengok)
3) Terpancar kebahagiaan pengantin baru. Cheeeewaaahhhh...
4) Gambar ni menang RM10,000 tau.
5) Gambar ni juga penah menangkan aku percutian ke Bali.

Babai, jumpa minggu depan. Enjoy the picture!

Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha

Raya Haji kali ni aku beraya di rumah parents aku - ikut giliran. Tahun ni Abah ada buat korban. Tapi aku tak berkesempatan nak pergi tengok sebab time orang buat korban Hadif still tido. Huzein je pergi dengan Haziq. Bila daging dihantar ke rumah, ramai-ramai tolong bungkus untuk sedekah pada orang.



Yang paling sibuk tentula Haziq Fahmi....


Petang time Makcik datang meriahla rumah dengan anak-anak dia. Aku suka bila Haziq lepak dengan Along, Diana & Irfan. At least dia belajar berkawan.


Malam main bunga api sama-sama sampai benda yang tak sepatutnya dibakar pun dibakar sama....


Susu bayi?

Masa tengah belek-belek tin susu ni aku terperasan sesuatu....


SUSU BAYI ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI?

Aku rasa dia patut tulis macam ni....

SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI

Betul tak?

Nota: Karang kena saman dengan compeni susu ni mampos aku!

Wedding (Mr. Ban & Ms. Ch'ng)

Sabtu lepas (6 Disember 2008) aku, Huzein & Haziq attend kenduri officemate dia. Buat kat Pearl View Hotel. Hadif kena tinggal. Ikut hati nak bawa je tapi takut pulak dia tak selesa. Anyway, tahniah untuk Mr. Ban & Ms. Ch'ng (lepas ni jadi Mrs. Ban).




Yang bestnye...
Huzein naik syeikh nyanyi lagu 'Stand By Me'. Bukan main lagi dia...
(Gambar tak sempat nak ambik)

Haziq berusaha bersungguh-sungguh nak makan pakai chopstik. Bukan main lagi dia...

Friday, December 5, 2008

Aku & Susu Ibu

Ada orang kata, "Susu ibu bagus! Anak yang minum susu ibu IQ dia lebih baik. Dia lebih mudah dibentuk...bla..bla..bla.."

Ada orang kata, "Anak saya minum susu ibu tak lama. Masuk kerja dah minum susu formula. Tapi bila dah besar pandai jugak. Masuk Universiti jugak. Tak ada yang kurang. Yang penting kita kena pandai didik bla..bla..bla..."

Wah....pening kepala dengar. Tapi malasla nak fikir banyak. Bagi aku susu ibu adalah yang terbaik. Aku beri anak aku minum susu ibu bukan sebab nak dia pandai, IQ tip top, jadi baik dll. Tapi aku beri dia minum susu ibu sebab aku suka dia rapat dengan aku, aku suka dia dekat dengan aku dan aku suka saat-saat menyusukan. Aku beri anak aku susu ibu sebab aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku menyusukannya.

Akhir kata dari aku:-

SEORANG WANITA SEMPURNA BILA MELAHIRKAN ANAK
SEORANG IBU SEMPURNA BILA MENYUSUKAN ANAKNYA

Sekian, terima kasih.

Thursday, December 4, 2008

Pelan Penjimatan 2009

2009 hampir tiba. Banyak perkara yang aku fikir nak buat 2009. Salah satunya nak jimat, jimat, jimat. Jimat ye.... bukan saja-saja nak tunjuk kedekut. Mula-mula perkara yang perlu diberi perhatian adalah aktiviti beli-membeli. Jadi:-

1) Sehingga bulan Jun 2009 ni, no more baju baru, kasut baru & beg baru. Asyik membeli je, kadang-kadang tu belum sempat pun puas pakai aku beli lagi.... Sebagai langkah penjimatan, aku berjanji dengan diri sendiri tak akan beli baju, kasut dan beg baru sehingga Jun 2009. Lepas Jun 2009 barula boleh fikir balik tentang tu semua. Yalah....nanti nak raya tak berbaju baru pulak aku...hehehehe... Penjimatan ini adalah termasuk membeli kain pasang dan upah membuat baju kuruang ye.

2) Sehingga Jun 2009, aku bercadang juga tak beli baju baru untuk anak-anak aku. Jangan ingat aku ibu yang kejam plak...:D. Dah banyak sangat aku beli sampai ada baju yang sampai sekarang lansung tak pernah pakai. Dan ada juga yang baru dipakai hanya sekali dua. Asal cantik beli. Asal lawa beli. Nasib baik anak-anak kau ni boy, kalau girl mesti lagi banyak aku beli sebab baju girl lagila banyak pilihan. Jadi sehingga Jun 2009 aku tidak akan membeli sebarang baju baru untuk anak-anak aku. Macam aku kata tadi, lepas Ju n2009 kenala fikir balik pasal baju baru untuk anak-anak aku ni. Karang raya tahun depan tak berbaju baru pulak diaorang. Kesianla...

3) Pembelian majalah hanya dihadkan kepada 2 majalah saja selepas aku timbang-timbang. Majalah yang hanya boleh dibeli adalah Majalah Jelita & Majalah Pa&Ma. Majalah lain kalu nak baca, baca kat kedai saja. Aku ni 'hantu' majalah. Asal tengok je mesti nak beli. Kadang-kadang tu baca sekali lepas tu dah tak tengok dah. Dah banyak-banyak kat rumah rasa semak pulak. Kalau jual dekat 'suratkhabarlama' pun tak berapa duit yang dapat. Lainlah dengan Majalah Jelita dan Pa&Ma yang memang aku buat koleksi. Kesimpulannya nak baca majalah lain baca je kat kedai.

4) Pembelian alat-alat make-up, toiletries, bedak anak-anak dihentikan buat sementara waktu sehingga habis stok yang ada. Mende-mende ni semua sentiasa ada kat rumah sebab aku selalu dapat hadiah dari peraduan-peraduan yang aku masuk. Walaupun ada, tapi dah jadi tabiat nak beli jugak. Jadi kena habiskan apa yang ada kat rumah. Tak best pun pakai jugak sehingga habis stok baru boleh beli baru.

Setakat ni, ini sajala yang dapat aku fikir. Kalau ada lagi, aku tambah. Agak-agaknya dapat ke aku jimat banyak kalau buat perkara-perkara ni?

Wednesday, December 3, 2008

Akhirnya...

Akhirnya selepas seminggu demam, Hadif Syahmi sihat kembali. Lega hati aku. Kalau tak terpaksala bawa ke hospital. Dan kalau bawa ke hospital pastinya kena tahan di wad. Hm...cuti pun dah tak seberapa. Tapi cuti tu bukan masalah sangat, masalah nak duduk di hospital tu. Leceh. Baik jaga Hadif di rumah.

Sekarang Hadif dah aktif berdiri. Ni tempat favourite dia selain tepi slidding door. Kejap-kejap pergi depan TV.


Akhirnya terbuka juga hati Huzein nak try pakai Aidafiqs Buckle-Tai ni. Pelik pun ada aku rasa....hehehehe. Selalunya dia tolak bila aku suruh dia bawa. Tapi hari tu, dia balik je dari kerja dia kata, "Meh nak pakai" Pergh..macam tak caya je. Aku mintala nak ambil gambar. Tapi dia larang dan suruh aku pergi mandi. Jadi aku pun curi-curi ambil gambar masa dia tengah sembang dengan jiran sebelah rumah.


Mungkin ini satu permulaan saja. Lepas ni kalau dia nak kendong Hadif (kalau dia nak le.....) dapatla aku berlenggang kangkong.

Akhirnya Disember pun datang. Kira-kira lebih kurang sebulan saja lagi dah nak masuk tahun baru. Banyak aku rancang nak buat sebelum bermula tahun 2009 dan pada tahun 2009. Insyaallah akanku laksanakan......

Monday, December 1, 2008

Hadif demam lagi...

Kesian sangat dengan Hadif. Demam dia still tak baik lagi. Susah betul hati aku. Ubat Klinik Iman tak serasi dengan dia. So, hari Sabtu aku pergi Klinik kanak-kanak Kamachi. Tapi sampai hari ni still tak ok jugak. Risaula...
Sedih sangat tengok dia lemah je. Dah la tak berselera makan. 'Dedek' je dia nak...
Kalau esok dia still tak ok aku plan nak bawa pergi hospital. Ni pun datang kerja hati tak senang, asyik teringat dia je.
Adoi......