Monday, January 5, 2009

2009, Impianku...

Aku tak set apa-apa azam pun untuk 2009. Malas sebab biasanya sama je tiap-tiap tahun. Tapi alangkah bagusnya kalau 2009 ni....

1) DUIT simpanan aku bertambah, bertambah dan bertambah lagi. Kalau boleh aku nak simpan lagi banyak duit. Maklumlah ekonomi dijangka meleset. Kalau jadi apa-apa (kalau....) at least aku dah ada simpanan. Jadi aktiviti membeli-belah akan dikurangkan. Perkara-perkara yang bukan keperluan akan ditolak ke tepi. Er...baby carrier tak termasuk tau..hehehehe...
Jimatkan duit. Sekarang pun dah start dah buat tabung. Biarlah orang kata macam budak-budak. Duit syiling yang aku ada dan jumpa masa kemas-kemas rumah aku simpan. Boleh dapat dalam RM300 setahun tau, sapa nak kasi? Kalau boleh nak RM15ribu dalam simpanan. Boleh? Hish...tingginya impian.....

2) BERAT badan aku turun, turun dan turun lagi. Tapi bukannya turun sampai cekeding. Aku plan nak turunkan skit lagi. Nak turun tu lambat sangat. Nak naik tu cepat, tak susah....

3) KOLEKSI Baby Carrier aku bertambah lagi. Ni kira perabih duit jugak ni. Dah minat, nak buat camna? Tapi pembelian baby carrier ni pun akan diteliti sebaik mungkin sebelum beli. Bukan main rembat beli je supaya aku akan puashati dengan semua koleksi baby carrier yang aku ada.

4) RUMAH aku sentiasa kemas dan bersih. Bukan apa, dengan anak-anak yang semakin membesar ni, nak maintain kemas tu susah sangat. Kadang-kadang jadi tension pulak. Kemas sekejap je, lepas tu dah selerak balik. Dan 2009 ni aku plan nak bagi rumah lawa, buang mende-mende yang menyemakkan, kemas stor, buatkan bilik yang best untuk anak-anak aku, bla..bla..bla...Huh..duit semua tu! Takpe, kita carik sponsor.....

5) BERCUTI dengan sebenar-benarnya. Tahun lepas cuma pegi KL dan Johor je. Tupun sebab pegi Konvo Huzein di UTM, singgah kat KL sekejap. Plan nak jalan-jalan di Penang pun tak jadi sebab Haziq sakit. Insyallah, tahun ni aku akan plan betul-betul percutian yang hebat untuk family aku...chewah....murninya hasrat :P.

6) MASA yang ada lebih dihargai. Memandangkan aku bekerja, masa sentiasa saja tak cukup. Dan masa aku dengan family aku hanya ada beberapa jam saja sehari berbanding masa ditempat kerja. Jadi aku harap aku akan lebih menghargai masa yang ada dengan family aku, habiskan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, main dengan anak-anak dll......

Cukupla banyak ni je. Karang banyak-banyak tak tertunai rasa macam tak bestkan.....

No comments: