Monday, January 19, 2009

I'm pregnant, what to do after this?

1) Pertama-tama sekali aku akan pergi jumpa doktor. Ini untuk memastikan tarikh jangkaan bersalin. Kalau untuk pregnancy yang dulu-dulu aku akan inform dekat doktor hari pertama period terakhir aku, tapi kali ni aku ingat nak mintak doktor scan terus perut aku ni. Sebab apa? Doktor selalunya akan kira tarikh jangkaan bersalin dengan hari pertama period terakhir. Ikut-ikut hari pertama period terakhir aku adalah pada 11 Oktober 2008. Lama dah kan? Dan kalau ikut tarikh tu kira dah 3 bulan la aku mengandung. Tapi last month aku buat UPT keputusannya negatif dan perut aku tak nampak besar pun. Yela...aku ni jenis kulit perut tebal. Mengandung 4 bulan dah kena pakai baju mengandung. Kalu kata sekarang aku ni dah mengandung 3 bulan, mesti perut aku dah nampak besar. Ni macam kecik je. Tu yang aku ingat nak mintak doktor scan terus. Senang, terus boleh tau tarikh. Nanti kira silap jadi masalah pulak. Bila nak pergi jumpa doktor? Insyaallah dalam minggu ni jugak.

2) Bila dah tau tarikh jangkaan bersalin senangla skit. Sebab bila kandungan dah 3 bulan kena pergi klinik kerajaan buat buku merah. Bagi mereka yang pertama kali mengandung ataupun pernah ada masalah semasa mengandung, kena buat buku merah tu bila kandungan dah 2 bulan. Tapi so far aku alhamdulillah, sepanjang aku mengandungkan Haziq dan Hadif tak ada masalah. Selalunya aku akan pergi check di klinik kerajaan ni sehingga kandungan aku mencecah 8 bulan. Lepas tu aku akan stop pemeriksaan di klinik kerajaan (kena inform dengan misi kat situ ye....jangan pepandai terus tak pegi nanti dia call dan call tanya). Aku stop sebab aku akan sambung pemeriksaan di Bagan Specialist Center. Aku bersalin kat sana. Er...kali ni tak tahula. Kena tunggu apa kata bos? Boleh ke Abang?

3) Memandangkan perut aku akan membesar tak lama, nak kena tengokla balik koleksi baju-baju mengandung aku. Rasanya tak payah beli dah sebab semuanya masih dalam keadaan elok lagi. Lagipun aku kan ada berjanji takkan membeli baju baru sehingga Jun ni. So, pakai je apa yang ada. Kalau teringin jugak yang baru, berharap sajalah agar ada orang belikan sebagai hadiah....hahahahaha.....

4) Semasa mengandung, antara perkara yang aku ambil berat sangat adalah kasut yang sesuai. Koleksi kasut-kasut aku yang cun terpaksala disimpan. Tak lama lagi kaki aku pasti akan bengkak. Dan kasut yang paling best dipakai adalah kasut Bata Comfit. Memang design macam makcik-makcik. Tapi tersangatlah selesa dipakai dan harga pun tak mahal. Aku beli time sales dapat RM19.90. Kalau diikutkan hati aku teringin Crocs. Tapi takpela, buat apa membazirkan?

Setakat ni, perkara-perkara ni sajalah yang dalam fikiran aku. Aku tahu ada lagi, contohnya makan ubat/vitamin yang akan diberikan oleh doktor, pemakanan dan macam-macam perkara lagi. Tapi memandangkan aku baru diperingkat awal kehamilan, so nanti-nantilah ye. Yang penting...nak jumpa doktor, nak jumpa doktor.....nak jumpa doktor, nak jumpa doktor.......

No comments: