Thursday, January 15, 2009

Kisah hari ini....

Hari ini.....sakit-sakit badan aku. Kelmarin ada Pertandingan Boling antara Jabatan. Aku gatai sangat pegi join sama. Dah 2 tahun lebih tak main dah. Dan malam sebelum tu aku tak boleh nak tido sebab sakit leher (tersilap bantal). Jadi aku pun main cincai-cincai saja. Lagipun bukan teror sangat pun. Nak habiskan 4 permainan pun rasa macam terseksa sangat. Tapi habiskan jugakla. Aku tau, tak menang pun. Saguhati pun jangan harap....hehehehehehe.... Yang aku dapat cuma sakit-sakit badan. Petang ni rasa macam nak demam pulak. Er...nak MC ke esok?

Hari ini.....aku beli UPT. Suspennye. Saja nak test tengok nak comfirm betul-betul. Daripada tertanya-tanya baik aku test. Tapi yang tak berapa pueh hati ni harga dia RM10. Kalau beli kat Kulim RM8 je. Cis..cis..cis... Nak tau result? Tunggu esok ye...

Hari ini....aku check website PMMPS. Saja nak tengok result sapa yang menang Breastfeeding Photo Contest. Aku tau dah aku tak menang sebab aku dapat 4 votes saja. Tapi yang bestnya, aku dapat jugak hadiah saguhati. Hadiah tak tahu apa dia. Kena tunggu e-mel dari PMMPS. Yang penting dapat hadiah. Bestnye......

No comments: