Wednesday, January 28, 2009

Melawat Zoo Taiping

Cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga termasuk MIL dan Yati pergi ke Zoo Taiping. Tak merancang pun pergi, tiba-tiba je. Tapi okla seronok sangat. Seronok tengok anak-anak hepi. Lagipun sebelum ni dah 2 kali rancang nak pergi tapi terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.

Memandangkan nak pergi aktiviti outdoor, aku decide pakai Aidafiqs Buckle-Tai sebab takut Hadif panas kalau pakai Angelpack. Hm..memang cuaca panas pun. Panas terik.


Orang ramai sangat maklumlah public holiday. Yang aku pelik, orang cina pun ramai jugak datang ke zoo hari tu. Diaorang tak raya ke?

He..he..he...macam buruk je aku pakai topi ni...
Haziq seronok sangat. Teruja tengok binatang-binatang secara live. Yelah..selalu tengok kat TV je...


Lagi seronok sebab Haziq dapat bagi makan rusa. Tapi takut-takut jugak tu.....


Hadif belum habis pusing zoo dah tertido. Penat kot. Panas pun tak kisah, janji dapat tido....


Memandangkan Haziq teringin nak naik train pusing-pusing dalam zoo, kami semua terpaksa beratur panjang sebab orang ramai sangat. Tapi puas hati sebab sebelum ni, aku tak pernah naik train masa datang ke Zoo Taiping ni. Masa ni Hadif dah bangun dari tido. Sebelum train berjalan, posing dulu...hehehehe...


Selalunya Hadif takkan duduk diam dalam kereta. Tapi, masa naik train ni diam pulak dia. Asyik tengok animal kot....


Sebelum balik, posing depan zoo. Terima kasih untuk En. Huzein Fahmi yang rajin ambil gambar.


Lepas solat, kami semua pergi makan. Tak lupa jugak Yong Tau Fu Taiping yang special ni. Memang sedapla...

4 comments:

.:chEyaNtie:. said...

wow!best2..
larat sungguh la akak mengendong anak ek ..yg muskil tu, tak pening2,muntah2 tu walaupun ngah peknen heheheh

hebaaaaaaaaaat

Aishah Megahasz said...

Pakai kendong ni lagi senang. Tak rasa berat sangat baby. So far tak pening & muntah2. Harap-harap janganla. Leceh. Jadi ibu ni takleh sakit. Sebab kalau ibu sakit saper nak jaga abah & anak-anak :D

.:chEyaNtie:. said...

wow!mommy yg hebaaaaaaaaaat heheheheh yes yes yes kalo kiter yg sakit, tak terjaga anak kiter ek hehehe sian plak kat ayahnye..

Aishah Megahasz said...

Tak hebat sangatla. Cuma, cuba jadi yang terbaik.