Wednesday, January 21, 2009

Sesi jumpa doktor

Kelmarin, dengan gigihnya aku sorang-sorang pergi jumpa doktor. Ni kira tengah bersemangat nak tahu bila tarikh jangkaan aku bersalin. Aku ke Klinik Penawar di Permatang Pauh. Selalunya bila nak scan baby aku akan pergi ke klinik ni sebab doktor kat situ semua pompuan. So, rasa selesa skit. Kalau tidak malu le sayer....

Aku keluar awal dari office dalam jam 4.40petang setelah mendapat kebenaran dari bos. Bukan main lari keluar je. Walaupun masa tu bos tak ada sebab outstation, mana boleh main lari je. Tak baik tau. Berdose...hehehehe...

Masa sampai kat klinik ada sorang ke patient tengah tunggu dengan husband dia. Tapi lama jugakla menunggu. Aku sampai terpejam mata hampir tertido tunggu giliran. Bila turn aku masuk, aku direct bagitau dekat doktor aku mengandung tapi tak tahu dah berapa lama. Aku inform jugak last period aku adalah pada 11/10/08. Sembang lebih kurang skit dengan doktor, dia suruh aku naik atas katil untuk scan. Wah..wah...teruja aku tau tengok baby dalam perut ni. Nampak kecil lagi, tapi doktor kata dah ada nadi.

So, dari hasil scan dijangka aku akan bersalin pada 06/08/09. Doktor kata bila kandungan dah masuk 5-6 bulan aku kena scan lagi untuk confirmkan lagi tarikh. Ok, baik doktor! Habis je semua urusan, aku masuk kereta dan terus call Huzein. Dia hepi la sebab tarikh yang doktor bagi tu dekat-dekat dengan birthday dia 4 Ogos. Kalau dah ditakdirkan, baby ni lahir sama tarikh birthday dia, Insyallah......

4 comments:

.:chEyaNtie:. said...

so akak dah 2 bulan la ek...bestnyer!!jauhnyer akak g kat permatang pauh..bukan ker akak dok kulim?hehheh

best lagik sbb akak tak kene morning siknes ek..very lucky!

bes bes bes!(jeles ar)

Aishah Megahasz said...

Keje dekat Bertam, Kepala Batas. On the way balik rumah sebelum ambil anak kat rumah mak di Permatang Pauh singgah le kejap dekat klinik.
Tak kena morning sicknes tu la yang tak tahu pregnant.

.:chEyaNtie:. said...

ek eleh keje kat bertam..katne?org tiap2 ari lalu bertam sbb mmg dok kat kepala batas tu hehehhe hari2 akak travel ek..sampai umah kol bape slalunyer?

Aishah Megahasz said...

Kerja kat USM Bertam. Kat Bandar Putra Bertam. Sampai rumah dalam 6.30ptg paling cepat.