Monday, February 2, 2009

Biasala tu...

Bila mengandung ni, adala perkara biasa bagi aku kalau......

.....selera makan bertambah-tambah. Asik-asik nak makan, asik-asik nak makan. Dan aku apa lagi, makan sajala tanpa rasa bersalah. Tak perlu jaga diet dan risau tentang berat badan yang naik mencanak-canak. Lepas bersalin baru fikir balik camna nak kuruskan badan ok.

.....asik-asik pegi toilet buang air kecik. Penat makcik. Toilet tu pun gamaknya boring dengan aku. Cuma takleh bagitau je....

.....emosi berlebih-lebihan. Sensitif yang teramat. Tak boleh tak kena skit mesti nak merajuk atau hangin satu badan. Bersabar ye Encik Huzein Fahmi. Banyak pahala tau layan karenah isteri yang sedang mengandungkan anak abang ni.....

.....susah nak tido malam. Aku kalau terjaga tengah malam, nak tido balik susah sangat. Tensen tau. Padahal badan ni letih dan dalam hati menjerit-jerit nak tido. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Last2 berangan....huhuhuhuuu....

.....gusi berdarah tanpa sebarang sebab. Maybe sebab tak cukup kalsium. Entahla. Aku pun tak suka nak minum susu untuk ibu-ibu mengandung ni macam Anmum & Enfamama. Tak sedap wek...wek... Selalunya aku ambil alternatif lain dengan minum susu kotak Dutchlady ataupun soya. Lagi sedap. Berkotak-kotak habis pun takpe.

.....tangan kebas. Ni pun antara simptom-simptom kurang kalsium gamaknya. Apa lagi, kena minum susu le...

.....kaki bengkak. Jadi terpaksala aku simpan kasut-kasutku yang cun di dalam almari sehingga start kerja balik. Buat masa sekarang ni tak bengkak lagi. Tapi skit hari lagi bengkak le tu. Orang kata nak elakkan kaki bengkak ni jangan duduk kaki terjuntai dan masa tido make sure kaki tinggi dari badan (letak atas bantal). Aku buat tapi bengkak juga. Tapi aku tak kisah sangat sebab lepas bersalin nanti kaki bengkak ni automatik akan surut sendiri.

.....sakit montot. Macam lawak je, orang sakit pinggang, dia sakit montot. Dalam masa ni, tulang montot dalam proses terbukak supaya senang bersalin, sebab tu kadang-kadang rasa sakit. Bila duduk lama, nak bangun mesti rasa sakit. Nak duduk pun sakit. Pendek kata serba sakit. Kalau tamau sakit jangan mengandung. Sebab tula 'syurga di telapak kaki ibu' sebab ibu-ibu tersangatla terseksanya masa mengandung. Kalu lelaki yang terseksa begini, maunya diambil pisau dan belah perut sendiri...keh..keh...keh...

4 comments:

En Huzein Fahmi said...

sayang Aishah saya :)
- hubby

Aishah Megahasz said...

Terima kasih :P

Tiba-tiba je rasa nak pitam...

.:chEyaNtie:. said...

alah lah lah en.huzein muncul menyelamatkan isterinyer hehehhe..

dah dah ..tak payah nak wat orang lain jeles..

nampaknyer en.huzein kene banyak besabo ngan pn.aishah time2 peknen ni..hehhehe

kak, tak ngidam ke kalo ngandung ni?roti canai mamak tengah malam ke hehhe..kenela en.huzein bangun tengah malam carik kan ek hehehhe

Aishah Megahasz said...

Mengidam setakat roti canai mana best. Cuba yang susah-susah skit contohnya daging rusa bertanduk 7 ke...hahahaha...