Tuesday, February 17, 2009

Kenangan di ITM Shah Alam

Dulu di ITM Shah Alam aku ambik kursus Diploma Kesetiausahaan Eksekutif. Berbelit lidah nak menyebutnya. Sekarang ni UiTM dah tak offer dah kursus tu. Sekarang ni dah jadi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Kira kitaorang antara batch-batch terakhir yang ambik Diploma Kesetiausahaan Eksekutif ni. Ingat-ingat balik, pecah kepala nak habiskan kursus ni. Terseksa jiwa dan raga dengan subjek Trengkas dan Shorthand. Tapi alhamdulillah, habis jugak dan ada gak kerja....hehehehe...

Gambar ni diambil dalam bilik typing. Masa tu tak pakai komputer lagi. Ni pun satu seksa, bila salah kenala padam, nasib baik mesin taip ni canggih skit. Kalu pakai yang zaman dulu kala lagila tensen. Budak-budak zaman sekarang dah berasa senang sebab ada komputer, salah boleh delete je. Budak-budak zaman sekarang semuanya senang, sebab tu mengada-ngada...hehehehe...tak boleh nak susah skit. Betul tak?

No comments: