Tuesday, February 3, 2009

Mari Mengaji

Alhamdulillah, kelmarin Haziq Fahmi dah start dah kelas mengaji Al-Quran dia. Kalau diikut-ikutkan hati ibu ni rasa macam kecik sangat Haziq ni dah kena pergi kelas mengaji. Bulan ni Haziq Fahmi baru nak masuk 3 tahun 4 bulan. Start ke Tadika masa umur 2 tahun 6 bulan. Aku masa umur tu entah tak reti apa-apa lagi, masih dok ingat main-main lagi. So far, aku nampak dia ada minat nak belajar mengaji dan suka. Asyik-asyik suruh ajar. Harap-harap Haziq Fahmi dapat ikut kelas mengaji dia dengan baik dan jadi anak yang soleh. Amin......

No comments: