Wednesday, February 18, 2009

Sudut Mainan Haziq & Hadif

Memandangkan aku dah berjanji dengan Huzein untuk buat sudut mainan dekat anak-anak, jadi inilah hasilnya. Sebenarnya dulu aku dah pernah buat dah sudut mainan ni dekat Haziq, sebelum Hadif lahir. Tapi, bila rumah asyik berselerak je aku ambil keputusan untuk simpan setengah mainan dalam stor. Tak laratla nak mengemas.

Tapi bila Hadif semakin membesar, rasanya elok juga ada sudut mainan ni. Sekurang-kurangnya mainan takla ada di sekitar rumah. Ada dekat satu tempat saja.

Aku ambil banyak juga gambar sudut mainan ni. Tapi aku terdelete pulak. Ceh...

Rasa-rasanya lama mana sudut ni boleh kemas ye? Dengan 3 orang hero (Huzein + Haziq + Hadif) rasanya sekejap saja dah berselerak balik. Huhuhuhuhu...... Takpela. Demi anak-anak aku rela......

No comments: