Wednesday, February 18, 2009

Testing, testing.....

Kami baru je beli vacuum. Sebelum ni pakai vacuum kecik dapat hadiah masa kahwin dulu. Tak sesuai sangat untuk vacuum rumah, kalau kereta ok. Sebab tu aku dan Huzein decide beli vacuum ni. Huzein lepas beli je terus rajin vacuum rumah..hehehehe.... Maklumlah mende baru, excited lebih. Dan anak-anak pun sibuk nak test sama.

Mula-mula Hadif. Dia tak takut pun dengan bunyi bising vacuum ni. Suka lagi dia dengar bunyi vacuum yang bingit ni.


Sibuk tekan sana, tekan sini.


Sibuk juga nak tolong vacuumkan rumah dengan penuh perasaan pulak tu....



Haziq yang takut dengan bunyi bising vacuum ni duduk jauh-jauh. Jangan tertipu dengan gambar ini. Sebenarnya gambar ni gambar eksyen je dia tengah dok vacuum. Sebenarnya masa ni Huzein dah matikan suis. Kalau tidak, jangan harap Haziq nak pegang vacuum ni.

No comments: