Wednesday, March 11, 2009

Buku Merah


Buku merah ni tersangatlah berkaitan dengan ibu-ibu mengandung. Buku merah ni sebenarnya Buku Rekod Kesihatan Ibu. Warnanya merah, sebab tula kalau tanya ibu-ibu mengandung buku merah, mesti diaorang tahu.

Untuk mereka-mereka yang pertama kali mengandung, buku merah ni kena buat bila kandungan masuk 2 bulan. Untuk yang kali kedua, ketiga dan seterusnya, bila kandungan masuk bulan ke 3, dah kena buat buku ni.

Aku pun baru je buat buku merah ni. Kandungan dah masuk...er...dah berapa bulan ye? berapa minggu ye? Aku pun tak ingat....hehehehe... Kerja leceh jugakla bila buat buku merah ni. Ukur tinggi (macamla ketinggian aku ni berubah setiap tahun), timbang berat, check air kencing, check tekanan darah, yang tak best ambik darah..huhuhu... banyak pulak tu, check perut, pendek kata satu badan luar dan dalam la nak dichecknya.

Adalah dinasihatkan buku merah ini dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Bukan apa, dah le mengandung, kalau terjadi apa-apa (mintak simpanglah ye..) senang skit nak check perkembangan kehamilan dan senang skit doktor nak bagi rawatan.

Masa pergi buat buku merah ni, aku tersilap cakap (tersilapkah aku?) yang abah aku ada kencing manis. Jadi, aku diminta buat MGTT. Ala....test yang minum air gula tu. Aku decide buat di IPPT saja. Leceh pergi klinik buat sebab ambik masa yang lama. Lepas tu nak terkejar-kejar pergi office pulak. Resultnya, alhamdulillah ok. Kalu tak mesti kena buat test ni lagi. Eeee....tak mau! Tak sedap, meloyakan dan boleh buat aku pitam. Tolonglah!

2 comments:

Wiera said...

aishah...it's better u did the glucose coz u have a family history of diabetes. last time...i had to do to0 coz of my late father had diabetes. mmg leceh n x suka betul minum glucose but what to do...it's better safe than sorry...right? hehe

Aishah Megahasz said...

Yala Kak Wiera. If something happen to me or especially to baby.... nyesal pun tada guna.