Wednesday, April 1, 2009

Hadiah Hamper Colgate-Palmolive

Hari Isnin ada orang dari Colgate-Palmolive call aku kata aku dapat hadiah. Yahoo...bestnye. Aku pun dah ingat-ingat lupa contest apa. Tapi kalau tak silap, contest dalam paper Berita Harian. Aku pun bagi alamat office supaya senang dia nak hantar hadiah. Kalu hantar di rumah tak ada orang boleh terima hadiah tu.

So, kelmarin (Selasa) sampai la hadiahnya. Excited giler aku. Siap letak dalam kotak besar. Ingatkan berat.....hehehe..tapi takla sangat. Bila bukak dalam tu ada hamper yang dibungkus cantik. Balik rumah anak-anak aku pulak yang excited sibuk nak buka. Sebelum acara buka membuka, aku ambil gambar dulu buat kenangan.


Banyaknya jugak barang dalam hamper tu. Setahun tak payah beli ubat gigi. Barang-barang dalam tu:-
> 7 ubat gigi Colgate
> 3 berus gigi Colgate
> 3 Colgate Plax
> 3 Palmolive shower gel
> 1 Protex shower gel
> 3 sabun Protex


Bila dah buka hamper tu, ada la yang sibuk nak bekerjasama.....


Sebelum kerja bertambah-tambah baik barang-barang ni disimpan.
Dan...pada Isnin tu jugak orang dari Huggies pun ada call kata aku dapat hadiah produk Huggies. Hm...bilala nak sampai hadiah tu ye?

2 comments:

Jess said...

Congrats! It does take a while to get your prizes sometimes you forgot about it. happened to me, too...

Aishah Megahasz said...

Thanks Jess..:D