Tuesday, March 31, 2009

Makan apa mengandung ni?

Sekarang ni usia kandungan dah masuk 4 bulan lebih. So far, masa saya pergi klinik hari tu, saya diberikan 4 jenis ubat untuk di makan. Saya makan jela....makan ubat tak ada masalah bagi saya. Ini dia ubat-ubatnya....kecik-kecik. Sekali telan je 4-4 ubat tu. Teror tak sayer?


Selain tu saya ambik jugak suplement spirulina jenama Elken. Mahal la jugak harga dia tapi dibeli oleh suamiku. Terima kasih abang!


Pastu saya selalu makan kismis. Kismis ni sangat elok di amalkan oleh ibu-ibu mengandung (saya baca dalam Pa&Ma). Tapi saya tak ingat apa khasiatnya. Saya beli kismis minda & doa. Rasa pun sedap. Mende sedap lagila tak ada masalah nak makan.


Selain mende-mende di atas, saya jugak mengamalkan minum susu setiap hari untuk menambahkan kalsium. Tapi bukan susu tepung tau, sebab saya memang tak suka susu tepung. Yang boleh/suka minum susu tepung bolehla minum Anmum, Enfamama ataupun jenama lain di pasaran. Saya cuma minum susu dalam kotak macam susu Dutch Lady ataupun susu soya.

Arwah Tok saya memberi petua supaya minum air kelapa. Air kelapa menurut arwah Tok dapat menguatkan rahim. Selain tu bila baby dilahirkan, kulit baby terutamanya bahagian kerak di kepalanya lebih bersih. Kalau dulu masa arwah Tok ada, sibuk dikaitnya kelapa dekat rumah untuk saya minum. Sekarang ni, beli je kat kedai..isk....


Ada jugak yang memberi petua supaya makan buah delima (sebiji dimakan tanpa berkongsi dengan orang lain). Petua ini boleh menjadikan anak bijak. Saya ikut saja. Selalunya bila mengandung, saya mesti akan beli buah delima sekurang-kurangnya sekali untuk makan. Tak susah nak dapat sekarang buah delima sebab di kedai buah pun banyak dijual.


Selain buah-buahan di atas, saya dapat petua dari kawan untuk makan sengkuang cina. Ini bagi mengelakkan anak mendapat kuning/jaundis. Tapi keberkesanannya tak tahula sebab setiap kali mengandung mesti terlepas nak dapatkan sengkuang cina ni. Kali ni bolehla cuba.

6 comments:

gee said...

hai...saya nak tanya la...skrg saya pun dah 4 bulan lebih..boleh ke skrg ni kalau minum air kelapa? hehe...

Aishah Megahasz said...

gee, rasanya ok kot. Sebab kata arwah Tok orang mengandung ni je yang elok minum air kelapa. Kalu tak mengandung tak elok, nanti sakit2 badan.

Anonymous said...

Makan Spirulina semasa mengandung ni tak bahaya ke? Sy nak juga cuba makan tapi ragu2 pula..

Aishah Megahasz said...

Anonymous: Alamak, memang tak bagus ke? Akak orang cakap bagus makan, sebab tulah makan. So far selama mengandung dan melahirkan anak ni tak adalah apa-apa masalah. Kalau ada info kata makan spirulina ni tak bagus masa mengandung let me know ok. Thanks.

Kak Long said...

terima kasih berkongsi info yg amat berguna ni (^_^)

Aishah Megahasz said...

Kak Long: Sama-sama. Sharing is caring.