Thursday, March 12, 2009

Shopping lagi?

Jangan salah anggap. Aku bukan shopping baju ataupun mende-mende yang tak perlu. Cuma melengkapkan barang-barang untuk projek breastfeeding yang aku rancang untuk 3rd baby aku ni.

Antara yang aku beli...

1) Bekas Avent


Bekas Avent ni aku beli yang set 10 (8oz). Mula-mula ingat nak beli yang set 20 (6oz + 8oz), tapi tak ada pulak. So aku beli sajalah yang 8oz ni sebab aku memang sangat-sangat memerlukannya. Bekas Avent ni boleh muat dengan pam Avent ISIS aku. Time pagi-pagi bila aku pam susu selalunya dapat dekat-dekat 8oz jugakla. Jadi dengan adanya bekas ni, tak payahla aku tukar bekas 2 kali sebab yang aku ada sekarang cuma bekas 6oz. Aku beli dekat Parkson sebab time tu ada sales. Jimat skit.

Ada jugak yang suggest aku beli pam baru, jenama lain. Tapi buat masa sekarang, rasanya pam inilah yang terbaik untuk aku. Kalau aku berubah fikiran di masa akan datang, tak tahula...

Ini dia pam kesayanganku. Aku letak dalam jag supaya senang dibawa ke sana ke mari sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan dari orang lain terutamanya di bulan puasa...hahahaha....



2) Mom's Precious Cooler Bag Set


Set ni bagus sebab ada cooler, icepack dan jugak storage bottle. Semua dalam satu pakej. Senang. Beli dari Shida, Charanty Store.

3) Mom's Precious Breastmilk Storage (12 pack)


Yang ni pun beli dari Shida, Charantya Store. Nak buat stok susu kenala ada tempat menyimpan susunya. Kalau tak cukup aku ingat aku beli bekas dadih saja sebagai tambahan.

4) Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya


Sebenarnya sebelum ni aku dah ada buku ni. Beli banyak kali dah dari Shida tapi aku hadiahkan pada orang, sampai kat aku tak ada. So, aku beli satu simpan sebagai rujukan. Mana tahu bila-bila nak rujuk nanti senang dah ada.

Mende-mende yang aku beli dari Charantya Store ni tak dapat lagi. Huh...tak sabarnya nak tengok. Walaupun tak akan pakai lagi sekarang, tapi biasalah benda baru beli, mesti nak belek-belek......

No comments: