Friday, March 6, 2009

TMC Family Day

Lama jugak aku tak update blog. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak jengah sini.
28 Februari lepas Tadika Minda Cerdas (TMC) buat Family Day. Rasanya mak bapak budak-budak dekat tadika tu yang seronok lebih-lebih, bukannya budak-budak tadika...hehehehe....(tak termasuk sayer ye....)


Semua student dibahagikan kepada 3 kumpulan (hijau, biru & merah). Haziq kumpulan hijau. Program dibuat di taman depan rumah aku saja. Pergi jalan kaki. Aku dengan semangatnya pakai baju dan tudung warna hijau, abah pakai baju yang TMC bagi (baju putih tulisan hijau) dan Hadif pakai baju Pooh warna hijau sebagai tanda sokongan.



Jom tengok apa yang terjadi pada hari tu....






Dalam kebisingan dan kesibukan orang ramai, Hadif tertido dalam Angelpack. Letih kot sebab terpaksa bangun awal.


(aku pun nampak macam nak tertido jugak...heheheheh...)

Terus aku letakkan dalam stroller. Bagi dia selesa skit tido.


Bangun je tido, ceria betul dia. Puas tido la tu....


Habis saja program semua orang berkumpul di TMC untuk acara makan-makan dan penyampaian hadiah. Kumpulan Hijau menang nombor 1. Seronok betul Haziq dapat hadiah termasukla mug Intel. Ceh....kat rumah pun banyak. Takpela, yang penting seronok sebab menang. Huzein, Haziq & Hadif dah kenyang makan, aku duduk sorang-sorang enjoy my food.....

No comments: