Thursday, March 12, 2009

Untungnya menjadi IBU!

Untung camna tu ye....

> Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda, "IBU lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Kira doa seorang IBU lebih makbul daripada bapa.

> Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

> Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

> Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan IBUnya melahirkannya.

> Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi IBU itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

> Apabila semalaman IBU tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

> Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?". Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "IBUnya."

> Apabila memanggil akan engkau dua orang IBUbapamu pada masa yang sama, maka jawablah panggilan IBUmu dahulu.

> Syurga itu di bawah tapak kaki IBU. Yang ni semua orang sedia maklum :D

Untungkan jadi seorang IBU? Diwaktu-waktu letih menjaga anak-anak, dimasa-masa susah menanggung kepayahan mengandung dan kesakitan semasa melahirkan, fikirkan perkara-perkara ini. Mesti sejuk hati dan rasa sangat-sangat beruntung. Dan akula antara orang-orang yang beruntung tu.....

No comments: