Wednesday, April 22, 2009

Haziq dan patung Poohnya


Aku tak ingat sejak umur berapa (tapi rasanya setahun lebih) Haziq asyik melekat dengan patung Pooh ni. Patung Pooh ni sebenarnya aku dapat hadiah dari peraduan anjuran Watsoon. Dapat 2 patung. Dari hari pertama patung Pooh ni ada kat rumah aku, sampaila sekarang, Haziq melekat dengan patung ni. Kira dah jadi macam bantal busuk dia dah. Nasib baikla ada 2 patung, kalau satu basuh, satu lagi boleh guna.

Antara masa-masa yang perlu ada sangat-sangat patung Pooh ni adalah masa minum susu, masa tido dan kalau keluar rumah tak bawa patung Pooh ni dia sanggup nangis dan paksa patah balik ke rumah ambil patung Poohnya. Adoi.....seksala jugak. Tapi bila keluar berjalan-jalan, dia tinggalkan patung ni dalam kereta. Sebab aku pesan malu kalau orang tengok. Nasib baik dia mau dengar cakap. Kalu tak usungla Pooh tu ke mana saja.

Bila Haziq dah masuk Tadika, patung Pooh ni aku masukkan juga dalam beg baju supaya petangnya bila dia duduk di Taska, ada patung Pooh ni dan mudah skit dia nak tido. Tapi dah 2 minggu lebih dah aku tak bekalkan patung Pooh ke Taska. Teacher di Taska dalam usaha nak jauhkan diri Haziq dengan patung Pooh. Tapi, balik rumah mesti cari punyala. Camna nak buat?

Aku korek gambar-gambar lama. Banyak jugala gambar-gambar Haziq dengan patung Pooh ni. Hm......macam pompuan ke main anak patung?








No comments: