Tuesday, April 28, 2009

Kehamilan: 23 Minggu

Tempoh Kehamilan: 23 Minggu
Berat Badan: 62kg

Hari Sabtu lepas aku pergi jumpa Dr. Fawziah di Bagan Specialist Center, Butterworth. Ikut kebiasaannya (anak 1st & 2nd) aku akan start jumpa Dr. Fawziah ni bila kandungan berusia 7 bulan lebih. Tapi kali ni aku dan Huzein decide pergi awal sebab aku frust dengan doktor di Klinik Kesihatan Kulim. Frust sebab apa? Karang termengumpat pulak. Malasla nak citer.

Bila dah jumpa Dr. Fawziah ni hati aku jadi tenang skit. Dr. Fawziah kata due date aku ikut latest scan yang aku buat di Klinik Penawar, Permatang Pauh iaitu pada 24 Ogos 2009. So, lepas tu Dr. Fawziah scanla baby dalam perut aku ni untuk tengok keadaan. Wah...dah ada tempat scan baru. Lawa dan canggih lagi. Rasa rugi pulak tak bawa kamera, kalau tak dah boleh ambil gambar masa doktor tengah scan aku.

Masa ni Dr. Fawziah scan guna yang 2D punya. Gambarnya lagi clear daripada di Klinik Muslimah. Aku excited nak tahu juga jantina baby. Tapi tak nampak. Dr. Fawziah kata nanti bila kandungan dah masuk 7 bulan boleh buat scan 4D. Wah..mesti nampak lagi clear muka baby ni. Tapi tak tahula berapa kos dia. Ada sapa-sapa tahu tak? Meh le bagitau......

Ni gambar terkini baby aku. Dari bentuk muka aku rasa muka dia nanti mesti macam Hadif Syahmi. Nanti dah lahir nanti kita tengok rupa siapa ye?

No comments: