Friday, April 10, 2009

KL Menjerit! (Hari Kedua)

4 April 2009 - Sabtu

Wah....semangat aku hari ni sebab nak pegi Bangsar Village. Lepas sarapan, kami bertolak keluar. Mula-mula Huzein ajak ke rumah kawan aku di Tropicana. Tapi dia tak ada di rumah, keluar dengan family dia. Jadi kami decide terus ke Bangsar Village.
Memandangkan kami tak berapa teror jalan kat KL ni, tersesat jugakla mencari jalan ke Bangsar. Sampai je kat sana terus cari makan. Sebelum join program kena kasi anak-anak kenyang dulu, takut meragam.


Meriah betul! Ramai yang datang memberi sokongan. Ini antara ibu-ibu dan baby masing-masing yang terlibat sama.


Talk diberikan oleh Jess dan selepas itu ada acara memperagakan baby carrier masing-masing. Aku, Hadif dan perut besarku pun masuk jugak.


Seronok dapat berkenalan dengan ibu-ibu yang selama ini hanya kenal di alam maya saja.


Haziq pun enjoy gak sebab dapat main-main di Kidzsport. Pada hari tu Kidzsport buat promosi masuk percuma. Huzein terpaksa layan Haziq di sana.


Habis je program, aku menjenguk-jenguk di luar. Haziq & Hadif sibuk nak main di sudut mainan, padahal kaunter dah nak ditutup. Tapi diaorang layan jugak. Baik betul!


Selain tu kami semua buat sesi fotografi dengan Daniel Zain dengan bayaran RM10 je. Gambar, dia akan e-melkan kemudian. Tak sabar nak tengok gambar-gambar yang dia ambil sebab aku tengok kat website dia gambar-gambar memang lawa. Dan tak lupa juga kami beli sepasang baju Adidas untuk Hadif.


Habis program kami semua balik ke Hotel Nikko. Haziq yang keletihan tergolek dog!


Tapi bila sebut saja nak pegi mandi kolam terus melompat seronok. Petang tu kami semua menghabiskan masa di kolam hotel, mandi-manda. Yang paling seronok, tentula Haziq Fahmi. Enjoy betul dia!


Malam kami keluar balik, naik tren. Saja nak bagi Haziq & Hadif merasa naik tren. Kami naik dari Ampang Park dan turun di KL Central. Ramai orang malam tu, maklumlah malam minggu. Hadif akhirnya tertido keletihan. Nasib baik ada Angelpack. Kendong dia dalam tu dapatla dia tido dengan selesa.



Dan malam tu semua pun tertido keletihan....ZZZZZzzzzZZZZZzzzzZZZzz....

2 comments:

kirana said...

salam kenalan aisyah..
nk exhange link ngn babywearing moms..leh share2 info

sy dpt link dar MBW forum :)

Aishah Megahasz said...

Kirana, salam perkenalan.