Wednesday, April 15, 2009

KL Menjerit! (Hari Ketiga)

BZ yang amat sampai tak sempat nak update blog....

5 April 2009 - Ahad

Hari ketiga kami merancang jalan-jalan dengan Maidy, Nora & Imaan. Jadi, kena mandi awal. Anak-anak aku seperti biasa, suka sangat bab-bab mandi dan menghabiskan shower gel yang aku bawak termasukla yang hotel punya.


Kami janji jumpa di KLCC. Jadi, berjalan kaki sajala ke sana. Panas terik. Sempat gak tu ambil gambar.


Bila dah berjumpa di sana, kami semua decide nak pegi ke Petrosains. Best sangat kat sana. Semua orang enjoy masa kat sana, termasukla bapa-bapa budak...huh! lupa daratan sekejap.









Masa kat dalam Petrosains tu ada dinosaur besar sangat. Hadif ok je dengan dinosaur ni...


Tapi Haziq tengok dari jauh je...takut...


Seperti biasa, Hadif tertido dalam Angelpack.


Kami habis jalan-jalan di Petrosains lebih kurang pada jam 4.30petang. Lama betul kami di sana. Letih sampai Haziq & Imaan tertido di tempat makan. Lepas makan di KLCC, kami balik ke Hotel Nikko. Di hotel seperti biasa, Haziq & Hadif enjoy mandi. Siap buat pesta buih lagi. Syok sungguh....


Malam tu semua tertido keletihan....ZZZZZzzzzzZZZZZZzzzzZZZZZ......

No comments: