Wednesday, April 8, 2009

KL Menjerit! (Hari Pertama)

3 April 2009 - Jumaat

Selepas sekian lama tak pergi bercuti, aku dan Huzein plan nak ke KL. Macam tak kelas je kan? Orang pegi bercuti paling lekeh ke Langkawi, Tioman, Sabah, Bali, UK...kami pegi KL. Tapi takpela, yang penting bawa anak-anak makan angin. Lagipun aku nak pegi KL sangat-sangat sebab nak join Babywearing Talk di Bangsar Village pada 4 April.

Malam sebelum ke KL kami semua tido di Ipoh. Kami memulakan perjalanan dari Ipoh lebih kurang jam 11.00 pagi.
Kami semua menginap di Hotel Nikko, Jalan Ampang. Sampai je hotel terus kami semua check-in. Anak-anak aku seperti biasa, full of energy. Tak reti nak penat. Ada saja mende yang nak dibuatnya.


Bilik kami 903. Hantar kami semua ke bilik, Huzein terus keluar ke masjid KLCC untuk solat Jumaat. Wah...bilik best sangat sebab katil besar. Jadi muatla untuk kami 4 orang.




Anak-anak aku sibuk buat spot check sampai toilet bowl pun nak dichecknya. Adoi.....


Dari dalam bilik boleh nampak bangunan Tabung Haji, PNB dan KLCC. Hadif pun sibuk nak mengintai sama.


Petang tu kami semua berjalan kaki ke KLCC. Dekat saja Hotel Nikko tu dengan KLCC, tapi penatla jugak berjalan. Sempat jugak ambil gambar depan Masjid KLCC.



Kat KLCC masa tu ada pameran F1. Yang paling teruja mestila Encik Huzein Fahmi. Ramai sangat orang kat KLCC tu walaupun hari Jumaat. Maybe sebab ada F1.


Kat KLCC belikan Hadif kasut baru. Dah pandai berjalan sekarang, kenala ada kasut, baru kelas.....


Ingatkan malam tu nak keluar berjalan-jalan lagi. Tapi anak-anak semua dah letih dan mengantuk. Jadi, semua orang tido awal malam tu... ZZZzzzzzZZZZZzzzzzzZZZZZZZzzzzzzzz

No comments: