Wednesday, April 15, 2009

KL Menjerit! (Hari Terakhir)

6 April 2009 - Isnin

Hari ni merupakan hari terakhir kami di KL. Pagi-pagi tu tanpa mandi...hehehehe.... kami semua turun breakfast di coffee house hotel.


Dan anak-anak aku seperti biasa sangat berminat dengan air. Kat coffee house tu ada kolam.


Haziq: Tengok dalam tu ada fish tu...


Hadif: Mana ada? Tak ada pun...


Lepas makan, mandi time. Saat yang paling disukai oleh Haziq Fahmi.



Hadif mandi sampai kesejukan. Aku kesian tengok dia menggigil, balut dia dengan tuala. Tengok-tengok dia tertido. Boleh pulak macam tu?


Haziq tak kira sejuk, happy je memanjang.


Lepas bersiap, kami semua check-out dari hotel. Bye-bye Hotel Nikko.


Perjalanan seterusnya adalah ke Ikea atas permintaan Huzein. Nak kata shopping sakan tak jugak. Tapi penuhla kereta tu. Habih shopping lunch dekat Ikea. Aku suka sos meatball dia. Sedap sangat. Bilala dapat pegi merasa lagi ye?



Bye-bye KL. Lain tahun pegi lagi. Lain tahunla kot sebab lepas ni dah nak bersalin....

No comments: