Thursday, April 16, 2009

Simpan Baju Lama Anak

Sejak kelahiran Haziq, saya banyak sangat beli baju untuk dia. Biasala, anak pertama. Ikut hati semua pun nak beli. Bila dah asyik membeli, banyakla jadinya. Nak simpan pulak jadi satu masalah. Takkan letak dalam beg plastik je. Nanti dapat anak seterusnya, susah pulak nak mencari.

Jadi, bila saya tengok kotak ni dari katalog Cosway kawan saya, saya beli dan baju-baju lama Haziq yang berkeadaan baik saya simpan elok-elok dalam kotak ni. Harga tak mahal, RM8.00 lebih je. Senang simpan dalam ni sebab semua baju dapat diasingkan mengikut umur. Baju-baju pun berkeadaan elok dan tiada semut.


Untuk memudahkan lagi, saya label setiap kotak mengikut peringkat umur. Bila Hadif lahir, saya ambil sekotak demi sekotak untuk kegunaan dia. Jangan lupa, periksa dulu baju-baju dalam tu mana tau jadi kuning dan basuh sebelum beri anak seterusnya pakai. Karang gatal-gatal pulak, kesian dekat anak.


Saya susun elok-elok semua kotak tu dalam almari. Tak nampak berserabut dan sangat memudahkan.


Bila dah dapat anak seterusnya, baju-baju yang ada boleh digunakan lagi. Best tak idea ni?

9 comments:

Shais said...

aishah,

bestnya...akak dah terpengaruh ni...kihkih

Aishah Megahasz said...

Kak Shada, bestkan? Senang dan mudah nak simpan baju-baju baby sebab bayu baby kan kecik2. Nanti dah ada next baby senang skit nak bagi pakai. Tak adala memunggah bagai nak rak :D

Nurul Aima Hj Kaim said...

suka dengan idea ni..

LyanaRusli said...

EEEMMMMM...btul...btul...btul...tp kt bli kontena plastic 2...x terpk plak yg hat nie...masalah kontena plastic x la rumit cume tang label 2 jer kene lekatkn guna selofan..emm pas nie nak g carila...berkat selamat kak Asya sharing idea...tq

Azaidris said...

Saya pun guna tong plastik. Baju bungkus dlm plastik beg ikut age..then masuk tong. Tong tu saya label la..ada baju apa/ barut/ bedung dll

Aishah Megahasz said...

Simpan macamana tak kisah. Yang penting asingkan ikut umur dan label nanti senang nak carik :D

Mama Idlan Irsyad said...

wah, bagus2.. akan dipraktikkan nanti

halimahton arifin said...

Macamner nak hilangkan kesan kuning pada baju

Aishah Megahasz said...

Halimaton: Yang lekat kuning tu memang susah nak hilang. Kalau sesiapa ada tips, marilah share.