Monday, April 27, 2009

Upin & Ipin

Dah lama aku nak masukkan gambar-gambar masa pegi menonton filem Upin & Ipin ni. Tapi asyik terlupa saja. Gambar-gambar pun diambil dari HP Huzein, so blur...tak clear sangat. So, entry ni kira jadi entry basi la......


Inila first time aku dan Huzein bawa Haziq menonton wayang. Aku pun dah lama tak tengok wayang lepas ada anak ni. Upin & Ipin pun...Upin & Ipin la....janji tengok wayang. Kesian Hadif kena tinggal kat rumah dengan Opah.

Aku, Huzein, Haziq, Maidy, Nora & Imaan pegi menonton sekali. Sebelum cerita ni start, adala promo filem Jangan Tegur. Spoil betul. Haziq terus ketakutan, dahla panggung gelap gelita. Tak tahula dia enjoy ke tak tengok kartun kegemaran dia ni....



No comments: