Wednesday, May 20, 2009

3R & Isu Susu Ibu

3R adalah antara rancangan kegemaranku sebabnya banyak mengutarakan kisah wanita. Tak lagi 3R musim baru bakal bersiaran. Yeay...bestnye. Dalam pada asyik belek-belek laman web terbaru 3R, aku tergerak hati nak hantar e-mel pada editor 3R. Aku cadangkan supaya 3R kupas tentang isu penyusuan ibu terutamanya penyusuan di tempat awam. E-mel yang aku hantar, aku terdelete pulak.

Dan tak sangka pula akan di balas.

From: editor@3r.com.my
To: megahasz@yahoo.com

Hi Puan Aishah,

Terima kasih kerana berkongsi dengan kami cadangan puan.

Saya sendiri setuju, menyusukan anak di khalayak ramai masih sesuatu yang 'taboo' dalam masyarakat hari ini. Idea ini akan kami utarakan kepada penulis dan penerbit rancangan kami.

Kami sangat menghargai cadangan puan, kerana ini membolehkan kami terus relevan dan menghubungkan kami dengan para penonton rancangan 3R. Jangan lupa untuk tontoni 3R, musim terbaru, setiap Ahad 7.30pm, bermula 7 June 2009!

Salam,
Nadirah

Harap-harap isu ni akan diterima dan dipaparkan dalam 3R musim baru ni. Dengan ini isu pasal breastfeeding akan mendapat liputan lagi meluas. Harap-haraplah....

2 comments: