Monday, May 4, 2009

5S untuk Penyusuan Berjaya

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya merumuskan perkara-perkara ni perlu ada pada ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusu baby sepenuhnya.

SEMANGAT
Perkara yang paling penting sekali ada pada ibu yang berhasrat nak menyusu baby adalah semangat. Tak perlu pedulikan kata orang lain sebab biasalah mulut orang mana boleh nak ditutup.
Ada yang kata, 'Ibu yang menyusu baby ni kedekut nak beli susu'. Hello...kedekut mende? Ingat beli pam yang canggih-canggih ni beli dengan air liur ke? Kena keluarkan duit jugak. Ada yang sanggup keluarkan hampir ribu RM untuk beli pam yang sesuai dengan diri mereka. Kedekut lagikah itu?
Ada juga yang kata, 'Menyusu baby ni untuk orang-orang yang banyak duit saja. Yalah..nak beli pam, cooler bag, bekas simpan susu, nursing bra..bla..bla..bla...'. Hmm...agaknya orang yang beli susu formula tu tak kaya ke? Rasanya lagi kaya. Tiap-tiap bulan kena keluarkan belanja beli susu formula untuk anak.
Jadi kesimpulannya jangan dengar cakap-cakap orang. Tanamkan semangat dengan ikhlas dan berdoa semoga hasrat nak menyusukan baby akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

SOKONGAN
Sokongan daripada orang-orang sekeliling sangatlah penting terutamanya suami. Ada ibu yang patah semangat untuk menyusukan baby mereka kerana tidak mendapat sokongan malahan dicemuh. Adoi...sakit jiwa dan raga. Sakit hati pun ada jugak...hehehehe... Kalau dapat sokongan, senang skit nak jalankan misi menyusu baby. Terangkan pada mereka di sekeliling anda tentang hasrat anda untuk menyusukan baby sepenuhnya serta kebaikannya. Insyallah pasti akan diterima.

SUMBER ILMU
Mendapatkan ilmu sebanyak mungkin sangat-sangatlah perlu bagi menjayakan penyusuan. Hadiri taklimat, banyakkan membaca dan bertanya daripada orang-orang yang berpengalaman untuk mendapatkan ilmu. Kalau boleh join komuniti yang memberi sokongan dalam penyusuan baby. Jangan malu-malu. Bagi yang bekerja, belajar bagaimana memerah susu, pam yang sesuai, menyimpan stok susu dan perkara-perkara berkaitan. Kebanyakan ibu yang tidak berjaya menyusukan babynya sepenuhnya adalah kerana tidak cukup ilmu. Kalau ilmu tak cukup mesti rasa ragu-ragu. Buang rasa tidak yakin dengan penuhkan ilmu di dada.

STOK SUSU
Stok susu sangat-sangatlah penting terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerja. Yang tak bekerja pun boleh buat juga sebab boleh digunakan pada masa-masa kecemasan contohnya bila pengeluaran susu kurang ataupun pada bulan puasa. Stok susu boleh mula dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Bila dah masuk kerja nanti, stok susu inilah jadi pengganti. Buat banyak-banyak pun takpe. Tapi jangan over sampai baby tak cukup makan pulak....

SEIMBANG
Mengamalkan pemakanan seimbang juga penting bagi ibu-ibu yang menyusu. Sebabnya, apa yang ibu makan akan dikongsi dengan baby. Amalkan juga makanan yang boleh menambahkan susu seperti longan, soya, sawi dll.

Semoga hasrat murni untuk menyusukan baby sepenuhnya akan berjaya. Good luck!


Hadif Syahmi: Apa nengok-nengok? Orang nak nenen pun tak senang....:P

No comments: