Thursday, May 14, 2009

Cantik ke?

Minggu ni Haziq Fahmi sibuk dengan exam. Exam budak tadika....kacang je. Itu kata aku la tapi bagi Haziq maybe susah. Jadi, untuk tidak menyusahkan dia tiap-tiap malam Huzein akan mengajar Haziq supaya esoknya mudah skit bagi dia buat exam. Tugas aku menyediakan kertas-kertas soalan. Biar rasa macam exam betul-betul.

Malam tu, Haziq sibuk menjawab soalan exam olok-olok. Aku pula sibuk memunggah gambar kahwin. Aku tunjukkan Haziq gambar ni...


Aku: Haziq, cantik tak gambar ibu ni?
Haziq: Hm...cantikla jugak....


Pergh, jawapan....
Aku ingatkan jawapan dia mesti camni:-
1) Cantik!
ataupun
2) Tak cantik pun....

Cara dia jawab macam terpaksa je. Hish...aku tahu ikut perangai siapa ni? Korang tahu?

No comments: