Monday, May 18, 2009

Jom Gunting Rambut!

Hari Ahad, aku & Huzein bawa anak-anak ke kedai gunting rambut. Rambut Haziq & Hadif dah panjang. Dari minggu lepas lagi plan nak gunting tapi tak sempat. Jadi petang Ahad tu kami ke kedai gunting rambut (baca: salon) untuk gunting rambut Haziq & Hadif.

Haziq Fahmi dah biasa gunting rambut dekat kedai ni. Jadi tak ada masalah nak gunting rambut dia. Bila aku cakap, 'Haziq, your turn'. Pandai pulak dia panjat kerusi gunting rambut yang tinggi tu dan tunggu kepalanya diproses.



Kalau diingatkan balik, pertama kali dia gunting rambut kat kedai ni, 2 orang kena pegang dia dan sorang lagi gunting rambut. Meronta-ronta dia menangis tak mahu. Sadis betul.

Tapi Hadif Syahmi baik betul. Ini adalah kali pertama dia gunting rambut di kedai. Sebelum ni kami gunting kat rumah je, potong sikit-sikit. (Baca di sini). Bila rambut dah panjang sangat macam ni, Huzein ajak potong di kedai. Hadif Syahmi tenang sangat, lansung tak menangis dan meronta-ronta.


Sangat-sangat memudahkan keja amoi tukang gunting rambut tu.


Cuma Huzein kena pegang untuk mengelakkan dia terjatuh dari bangku yang tinggi.


Baik sungguh anak ibu ni!

No comments: