Tuesday, May 12, 2009

Kehamilan: 25 Minggu

Tempoh Kehamilan: 25 Minggu
Berat Badan: 64kg

Wah...2kg naik dalam seminggu. Saya pun rasa perut ni besar semacam saja. Tapi takpe, dah biasa. Jadi tak risau sangat. Perut saya memang besar semasa mengandung dan anak-anak saya pun lahir mesti 3kg lebih beratnya.

Haziq Fahmi: 3.2kg
Hadif Syahmi: 3.35kg

Pada masa ni, cincin kahwin dah tak boleh pakai sebab dah ketat. So, saya simpan sajalah. Saya pun ingat nak simpan semua barang kemas. Tak payah pakai dah sebab nanti bila time nak bersalin memang tak dibenarkan pakai sebarang barang kemas. Kalau simpan awal-awal senang, takut terlupa nak buka dan simpan lepas ni.

So far, tahap kesihatan adalah memuaskan. Selera makan pun ok. Memandangkan dah 6 bulan lebih, saya dah kena start buat list barang-barang yang perlu disediakan. Mana yang tak ada lagi nak kena beli. So, saya start dengan barang-barang ibu dulu. Barang baby tunggu lepas buat scan 4D. Mana tau boleh tahu jantina nanti (berangan le tu).

Senarai untuk ibu:
> Pam susu (ada)
> Nursing pad
> Nursing bra (ada)
> Nursing clothes (ada satu je, beli nanti-nanti la...)
> Bengkung (ada)
> Tungku (ada)
> Set bersalin (aku prefer Leesa Formula)
> Maternity pad
> Stokin
> Tukang urut (kena book)

Rasa macam tak banyak benda pulak nak beli. Okla tu kan. Nanti saya buat senarai barang untuk baby. So far, perkara pertama yang perlu saya buat ialah sarung tilam baby sebab sarung lama dah buruk dan bertahi lalat. Yela...kena susula, muak babyla. Jadi mesti buat baru. Nanti saya listkan barang-barang baby yang perlu disediakan ye....

4 comments:

gee said...

hai kak..skrg dah 25 minggu eik..so total akak naik berapa kg? sy skrg dah 23minggu, berat dah 66kg..cam risau je..

Aishah Megahasz said...

Berat sebelum mengandung dulu 52kg. Sekarang dah 64kg. Kira dah 12kg naik ni. Pergh..takutnya. Tapi dari anak no. 1 memang macam ni. Berat badan naik mencanak-canak. Sampai jadi takut je, takut susah nak turun. Rasanya mengandung kali ni mesti berat badan lebih dari dulu. Dulu berat naik sehingga 74kg (timbang sebelum masuk bilik bersalin).

FaRaHND said...

salam wah kak sama lh kiter dah 25minggu dan ni my 1st baby!berat saya plak stil dlm 53kg biler nk nek ni?

Aishah Megahasz said...

FaraHND: Berat naik skit lagi bagus kot sebab berat naik banyak nanti susah nak turun...huhuhuh... Tahniah bakal jadi ibu!