Thursday, May 21, 2009

Kehamilan: 26 Minggu

Tempoh Kehamilan: 26 Minggu
Berat Badan: 64kg++ (tak timbang)


Lepas tunjuk dekat kawan-kawan gambar masa pegi gathering susuibu hari tu, ramai yang kata aku gumuk. Huhuhu.....memang pun! Nak buat camna? Masa mengandung ni badan memang naik bagi dipam-pam. Kalau orang lain tak ada selera nak makan, asyik uwek...uwek...., aku ni lain, hentam selagi terdaya. Semua aku makan, tak ada pantang larang. Nak timbang berat pun takut.

Tapi harap-harap lepas bersalin ni berat badan akan turun. Perlahan-lahan pun takpe, janji turun. Jangan jadi lemak tepu.....hehehehe.... Rasanya dengan menyusu, insyallah berat badan aku akan mudah turun walaupun perlahan-lahan.

Hari Sabtu ni aku ada appointment dengan Dr. Fawziah sekali lagi. Maybe dia akan buat scan 4D. Aku harap sangat dapat nampak gender baby. Aku dah buat list senarai barang-barang baby yang perlu dibeli, cuma belum complete lagi. Dah tiba masanya aku shopping barang baby dan buat persiapan. Takut pulak mengenangkan saat-saat melahirkan baby. Seram you.... dah la perut besar semacam. Baby kali ni aku jamin mesti 3.5kg. Tak percaya? Kita tunggu bila dia lahir ke dunia.

No comments: